Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2026 perlu dibuat sepenuhnya dalam talian melalui sistem rasmi Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Pautan permohonan rasmi: Mohon MyBrainSc melalui portal rasmi KPT.
Siapa yang boleh memohon?
MyBrainSc menyasarkan warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat ijazah pertama dan pascasiswazah dalam bidang sains tulen: Fizik, Kimia, Biologi atau Matematik. Semak syarat terperinci mengikut peringkat pengajian dalam portal rasmi sebelum mendaftar.
Ringkasan syarat penting
- Ijazah pertama: umur tidak melebihi 21 tahun pada tahun permohonan.
- Sarjana: umur tidak melebihi 28 tahun; PhD: umur tidak melebihi 35 tahun.
- Bagi pemohon yang sedang belajar, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan pada Semester 1 sesi 2026/2027.
- Keperluan akademik dan mod pengajian tertakluk kepada kategori permohonan.
Cara memohon MyBrainSc
- Untuk memohon, bolehlah layari Portal Permohonan Rasmi MyBrainSc KPT.
- Klik Log Masuk dan daftar sebagai pengguna sistem jika belum berdaftar.
- Isi borang dalam talian dengan maklumat yang tepat.
- Muat naik dokumen sokongan dalam format yang ditetapkan.
- Semak semua maklumat sebelum menghantar permohonan.
Dokumen yang perlu disediakan
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Portal KPT menyenaraikan dokumen seperti kad pengenalan, gambar pasport, rekod akademik dan surat tawaran universiti jika ada. Bagi Sarjana atau PhD, rancangan penyelidikan yang disahkan penyelia mungkin diperlukan. Gunakan dokumen asal yang diimbas, bukan gambar kamera.
Artikel berkaitan
Baca juga Semakan Keputusan MIS 2026/2027 dan Biasiswa Anak eKasih PTPTN.




