Bantuan Tiket Penerbangan RM500 Pelajar Baharu IPTA 2026: Syarat & Semakan

By Cikgu Mardhia

Bantuan Tiket Penerbangan RM500 ialah bantuan sekali beri untuk pelajar baharu IPTA yang memenuhi syarat bagi kemasukan September dan Oktober 2026. Semakan kelayakan serta pengemukaan dokumen dibuat melalui microsite rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Semakan dan permohonan rasmi: Microsite Bantuan Siswa Kementerian Pengangkutan.

Jumlah bantuan dan tarikh akhir

  • Kadar bantuan: RM500 secara sekali beri.
  • Tarikh akhir semakan serta pengemukaan dokumen: 31 Oktober 2026.

Syarat kelayakan asas

Bantuan ini untuk warganegara Malaysia yang menerima tawaran Universiti Awam melalui UPUOnline atau Politeknik Premier bagi kemasukan September atau Oktober 2026. Pemohon juga perlu melakukan perjalanan udara domestik merentas wilayah antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan untuk pendaftaran pengajian.

Dokumen yang diperlukan

  • Surat setuju terima atau surat tawaran universiti/politeknik;
  • Salinan kad pengenalan; dan
  • Penyata akaun atau salinan buku akaun bank aktif atas nama pelajar sendiri.

Cara membuat semakan dan mengemukakan dokumen

  1. Untuk semakan kelayakan, bolehlah layari microsite rasmi bantuan siswa MOT.
  2. Masukkan maklumat seperti diminta dan semak status kelayakan.
  3. Jika layak, muat naik semua dokumen yang diperlukan dengan jelas.
  4. Semak semula butiran akaun bank; akaun mestilah atas nama pelajar.
  5. Hantar sebelum 31 Oktober 2026 dan simpan bukti penghantaran.

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Rujuk Soalan Lazim rasmi MOT bagi syarat penuh, perjalanan yang layak dan status permohonan.

Artikel berkaitan

Baca juga Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2026, Semakan UPUOnline STPM 2026 dan Bantuan Peranti Siswa MADANI 2026.

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment