Asmaul Husna: 99 Senarai Nama-Nama Allah dan Maksudnya

By Cikgu Mardhia

Asmaul Husna merupakan satu konsep yang amat penting dalam ajaran Islam. Ia merujuk kepada nama-nama yang indah, baik, dan mulia yang dimiliki oleh Allah SWT. Mengenali dan memahami Asmaul Husna bukan sahaja memperdalam kefahaman kita tentang kebesaran dan sifat-sifat Allah, tetapi juga membantu umat Islam untuk meningkatkan ketaqwaan serta mendekatkan diri kepada-Nya. Beriman kepada Allah adalah satu daripada 6 rukun iman dalam islam.

Apa itu Asmaul Husna

Asmaul Husna berasal dari bahasa Arab yang berarti “nama-nama (Asma) yang terbaik (Husna)”. Dalam Islam, Asmaul Husna dianggap sebagai salah satu cara untuk memahami sifat dan kewujudan Allah. Setiap nama memiliki makna yang mendalam dan menggambarkan sifat-sifat Allah. Misalnya, Ar-Rahman yang berarti “Maha Pengasih”, menggambarkan sifat kasih sayang Allah yang melimpah kepada semua makhluk-Nya.

Menghayati Asmaul Husna bukan sekadar menghafal atau menyebutkan nama-nama ini, tetapi juga memahami dan merefleksikan makna yang terkandung di dalamnya. Hal ini membantu umat Islam untuk lebih menyedari kehadiran dan kebesaran Allah dalam kehidupan sehari-hari. Selain itu, amalan seperti zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil juga dapat membantu kita sentiasa mengingati Allah dan memperkukuhkan keyakinan kepada-Nya.

asmaul husna

Senarai Nama Asmaul Husna

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Berikut adalah senarai nama 99 Asmaul Husna

  1. Ar-Rahman – Maha Pengasih
  2. Ar-Rahim – Maha Penyayang
  3. Al-Malik – Maha Raja
  4. Al-Quddus – Maha Suci
  5. As-Salam – Maha Memberi Kesejahteraan
  6. Al-Mu’min – Maha Memberi Keamanan
  7. Al-Muhaimin – Maha Pemelihara
  8. Al-‘Aziz – Maha Perkasa
  9. Al-Jabbar – Maha Memaksa
  10. Al-Mutakabbir – Maha Megah
  11. Al-Khaliq – Maha Pencipta
  12. Al-Bari’ – Maha Membuat
  13. Al-Musawwir – Maha Membentuk Rupa
  14. Al-Ghaffar – Maha Pengampun
  15. Al-Qahhar – Maha Menundukkan
  16. Al-Wahhab – Maha Pemberi
  17. Ar-Razzaq – Maha Pemberi Rezeki
  18. Al-Fattah – Maha Pembuka
  19. Al-‘Alim – Maha Mengetahui
  20. Al-Qabid – Maha Menyempitkan
  21. Al-Basit – Maha Melapangkan
  22. Al-Khafid – Maha Merendahkan
  23. Ar-Rafi’ – Maha Meninggikan
  24. Al-Mu’izz – Maha Memuliakan
  25. Al-Mudzill – Maha Menghinakan
  26. As-Sami’ – Maha Mendengar
  27. Al-Basir – Maha Melihat
  28. Al-Hakam – Maha Menetapkan
  29. Al-‘Adl – Maha Adil
  30. Al-Latif – Maha Lembut
  31. Al-Khabir – Maha Mengetahui
  32. Al-Halim – Maha Penyantun
  33. Al-‘Azim – Maha Agung
  34. Al-Ghafur – Maha Pengampun
  35. Asy-Syakur – Maha Menghargai
  36. Al-Ali – Maha Tinggi
  37. Al-Kabir – Maha Besar
  38. Al-Hafiz – Maha Memelihara
  39. Al-Muqit – Maha Pemelihara
  40. Al-Hasib – Maha Menghisab
  41. Al-Jalil – Maha Mulia
  42. Al-Karim – Maha Mulia
  43. Ar-Raqib – Maha Mengawasi
  44. Al-Mujib – Maha Mengabulkan
  45. Al-Wasi’ – Maha Luas
  46. Al-Hakim – Maha Bijaksana
  47. Al-Wadud – Maha Pengasih
  48. Al-Majid – Maha Mulia
  49. Al-Ba’ith – Maha Membangkitkan
  50. Asy-Syahid – Maha Menyaksikan
  51. Al-Haqq – Maha Benar
  52. Al-Wakil – Maha Penjamin
  53. Al-Qawi – Maha Kuat
  54. Al-Matin – Maha Kokoh
  55. Al-Wali – Maha Melindungi
  56. Al-Hamid – Maha Terpuji
  57. Al-Muhsi – Maha Menghitung
  58. Al-Mubdi’ – Maha Memulai
  59. Al-Mu’id – Maha Mengembalikan
  60. Al-Muhyi – Maha Menghidupkan
  61. Al-Mumit – Maha Mematikan
  62. Al-Hayy – Maha Hidup
  63. Al-Qayyum – Maha Berdiri Sendiri
  64. Al-Wajid – Maha Menemukan
  65. Al-Majid – Maha Mulia
  66. Al-Wahid – Yang Maha Tunggal
  67. Al-Ahad – Yang Maha Esa
  68. As-Samad – Maha Diperlukan, Tempat Meminta
  69. Al-Qadir – Maha Berkuasa
  70. Al-Muqtadir – Maha Berkuasa
  71. Al-Muqaddim – Maha Mendahulukan
  72. Al-Mu’akhkhir – Maha Mengakhirkan
  73. Al-Awwal – Maha Awal
  74. Al-Akhir – Maha Akhir
  75. Az-Zahir – Maha Nyata
  76. Al-Batin – Maha Tersembunyi
  77. Al-Wali – Maha Memerintah
  78. Al-Muta’ali – Maha Tinggi
  79. Al-Barr – Maha Dermawan
  80. At-Tawwab – Maha Penerima Taubat
  81. Al-Muntaqim – Maha Penuntut Balas
  82. Al-‘Afuw – Maha Pemaaf
  83. Ar-Ra’uf – Maha Pengasih
  84. Malikul Mulk – Pemilik Kedaulatan
  85. Dzul Jalali Wal Ikram – Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
  86. Al-Muqsit – Maha Adil
  87. Al-Jami’ – Maha Mengumpulkan
  88. Al-Ghani – Maha Kaya
  89. Al-Mughni – Maha Pemberi Kekayaan
  90. Al-Mani’ – Maha Mencegah
  91. Ad-Darr – Maha Penimpa Keburukan
  92. An-Nafi’ – Maha Memberi Manfaat
  93. An-Nur – Maha Bercahaya
  94. Al-Hadi – Maha Pemberi Petunjuk
  95. Al-Badi’ – Maha Pencipta Tanpa Contoh
  96. Al-Baqi – Maha Kekal
  97. Al-Warith – Maha Pewaris
  98. Ar-Rasyid – Maha Pandai
  99. As-Sabur – Maha Sabar

Penutup

Semoga dengan senarai Asmaul Husna ini dapat membuatkan kita lebih dekat dan kenal Allah serta memahami keagungan-Nya melalui nama-nama indah ini. Untuk mendalami lagi tentang kesempurnaan Allah, anda juga boleh membaca mengenai sifat 20 Allah yang menerangkan sifat-sifat wajib bagi-Nya.

Asmaul Husna merujuk kepada 99 nama Allah yang mencerminkan keagungan dan sifat-Nya yang Maha Sempurna. Menghafal, memahami, dan mengamalkan Asmaul Husna dalam kehidupan seharian dapat meningkatkan keimanan serta mendekatkan diri kepada Allah. Kepercayaan kepada sifat-sifat Allah ini juga berkait rapat dengan Rukun Iman yang menjadi asas kepercayaan setiap Muslim.

Selain mengenali sifat-sifat Allah, umat Islam juga perlu memahami ibadah dengan betul, termasuk niat dalam setiap amalan. Untuk panduan lengkap mengenai niat dalam puasa, sila rujuk niat puasa sehari dan sebulan. Bagi mereka yang sering bermusafir, memahami solat jamak dan qasar juga penting bagi memastikan solat tetap terjaga walaupun dalam perjalanan.

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment