BKNS 2025: Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Secara Online

By Cikgu Mardhia

Kerajaan Negeri Sabah membuka permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2025 untuk pelajar berkelayakan yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda, dan Sarjana pada tahun 2025. Biasiswa ini hanya diberikan kepada pelajar yang telah diterima di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang kursus yang diiklankan.

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Peringkat Pengajian: Diploma

  • Kelayakan Akademik:
    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu serta subjek yang berkaitan dengan kursus yang dipohon.
    Bagi universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar, calon mesti mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris.
  • Tempat Pengajian: Institut Pengajian Tinggi Tempatan.

Peringkat Pengajian: Sarjana Muda

  • Kelayakan Akademik:
    Lulus Diploma / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Foundation / A-Level dengan PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 3.0, atau
    Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya Jayyid.
  • Tempat Pengajian: Institut Pengajian Tinggi Tempatan.

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Peringkat Pengajian: Sarjana

  • Kelayakan Akademik:
    Lulus peringkat Sarjana Muda dengan PNGK/CGPA minimum 3.5.
  • Tempat Pengajian: Institut Pengajian Tinggi Tempatan.

Peringkat Pengajian: Perubatan

Tempat Pengajian: Tawaran biasiswa hanya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.

Kelayakan Akademik:
Calon bagi kursus Perubatan, Pergigian, dan Farmasi mestilah mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 pada peringkat STPM / Diploma / Matrikulasi.

Permohonan BKNS 2025

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan. Keputusan permohonan akan diumumkan melalui e-mel kepada pemohon.

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini adalah peluang yang berharga bagi pelajar Sabah untuk melanjutkan pengajian mereka. Diharapkan mereka akan dapat memberi sumbangan dalam pembangunan Sabah di pelbagai bidang ilmu.

Info lanjut dan iklan permohonan: https://ptps.sabah.gov.my/landing/scholarship_bkns.php

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment