Nilam Johor : Login Untuk Rekod Bacaan 2025

By Cikgu Mardhia

Jika sebelum ini murid membuat perekodan buku yang telah dibaca dibuat pada satu buku khas dikenali sebagai buku NILAM. Kini Jabatan Pendidikan Negeri Johor hadir dengan satu inisiatif dimana tugasan untuk mengisi rekod NILAM ini dibuat secara online melalui aplikasi web dikenali sebagai Nilam Johor.

NILAM adalah singkatan bagi “Nadi Ilmu Amalan Membaca” dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan sebuah program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar dan masyarakat Malaysia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan pemahaman bacaan di kalangan rakyat Malaysia.

NILAM menekankan pentingnya membaca sebagai satu aktiviti yang memberi manfaat dalam pembangunan ilmu pengetahuan dan kefahaman. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan amalan membaca di kalangan pelajar dari peringkat prasekolah hingga peringkat tinggi.

Cara Login Nilam Johor

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Cara login ke dalam sistem Nilam Johor:

  1. Layari laman web: https://nilamjohor.edu.my/site/login
  2. Masukkan ID DELIma murid / pengguna
  3. Klik login.

Jika terlupa kata laluan, boleh layari: https://nilamjohor.edu.my/site/request-password-reset

nilam johor

Semoga dengan wujudnya sistem ini dapat membantu murid lebih rajin dan kerap membaca buku seterusnya mengisi semua rekod buku yang dibaca dengan mudah.

Program NILAM Johor merupakan inisiatif untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Melalui program ini, pelajar diberi ganjaran atas usaha mereka dalam membaca dan merekod bahan bacaan sebagai sebahagian daripada penilaian literasi. Untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam laporan NILAM, pelajar boleh merujuk penanda wacana bagi menghasilkan karangan yang lebih tersusun.

Salah satu buku yang sering menjadi pilihan dalam program NILAM ialah novel patriotik seperti Leftenan Adnan Wira Bangsa. Novel ini mengisahkan keberanian seorang perwira negara yang boleh dijadikan inspirasi kepada pelajar dalam memahami nilai perjuangan dan semangat kebangsaan.

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment