Penanda Wacana: Senarai dan Contoh Penggunaan

, ,

Apakah itu Penanda Wacana?

Maksud Penanda wacana adalah unsur penting dalam penulisan karangan yang membantu pembaca memahami struktur dan aliran karangan. Ianya juga bertujuan untuk menghubungkan idea-idea dalam teks dan memandu pembaca melalui aliran pemikiran penulis.Mereka membantu memperbaiki kohesi dan keteraturan dalam penulisan. Guru subjek Bahasa Melayu kerap berkongsi mengenai penanda wacana yang boleh anda guna.

Berikut adalah senarai beberapa penanda wacana yang penting beserta kegunaannya:

Senarai Penanda Wacana dan Cara Penggunaan

Senarai Penanda wacana adalah seperti di bawah.

PENANDA PERMULAAN KARANGAN

  • Pada era globalisasi ini,
  • Pada zaman pascakemerdekaan ini,
  • Dalam meniti arus kemodenan ini,
  • Dewasa ini,
  • Pada masa ini,
  • Kini,
  • Dasawarsa ini,
  • Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
  • Sejak sedekad yang lalu,
  • Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
  • Kebelakangan ini,
  • Belakangan ini,
  • Sejak akhir-akhir ini,

PENANDA MEMULAKAN ISI BAHARU

  • Selain itu,
  • Di samping itu,
  • Sementara itu,
  • lebih-lebih lagi,
  • Dalam pada itu,
  • !ain daripada itu,
  • Pada waktu yang sama,
  • Dalam pada itu,
  • Seterusnya,

PENANDA HURAIAN ISI KARANGAN

  • hal ini demikian kerana
  • hal ini berlaku kerana
  • hal ini terjadi kerana
  • hal ini disebabkan oleh
  • hal ini wujud akibat daripada
  • hal ini bersangkut-paut dengan
  • hal ini berpunca daripada
  • hal ini tercetus apabila
  • hal ini timbul apakala

PENANDA MEMBERI CONTOH DALAM KARANGAN

  • misalnya,
  • contohnya,
  • Sebagai contoh,
  • Tamsilnya,
  • Sebagaimana yang kita sedia maklum,
  • antaranya adalah seperti

PENANDA MENGHURAIKAN CONTOH

  • halini mengakibatkan
  • hal ini menyebabkan
  • Oleh itu,
  • maka,
  • oleh hal yang demikian,
  • oleh sebab itu,
  • jelaslah bahawa
  • justifikasinya,

PENANDA MENUTUP ISI

  • Kesannya,
  • natijahnya,
  • akibatnya,
  • akhirnya,
  • Dengan itu,
  • Dengan berbuat demikian,
  • Dengan keadaan sedemikian,

PENANDA MENULIS DUA HURAIAN DALAM SATU AYAT

  • justeru
  • malah
  • malahan
  • tambahan pula
  • sementelahan
  • sekali gus
  • di samping
  • bahkan
  • malar-malar

PENANDA MEMULAKAN PERENGGAN PENUTUP

  • Kesimpulannya,
  • Intihanya,
  • Secara tuntas,
  • Konklusinya,
  • Sebagai penutup wacana,
  • Sebagai penghias bicara akhir,
  • Sebelum mengakhiri wacana ini,
  • Secara keseluruhan,
  • Secara total,

PENANDA MENERANGKAN HURAIAN ATAU PENDAPAT YANG BERBEZA

  • walau bagaimanapun,
  • walakin begitu,
  • namun demikian,
  • Daripada perspektif yang berbeza,
  • Jika dilihat dari sudut lain,
  • Dengan kata lain,
  • Kontradiksinya,
  • Di sebalik itu,
  • Dalam pada itu,
  • Dari sudut lain,

PENANDA MEMULAKAN ATAU MEMASUKKAN PERIBAHASA

  • Bak kata peribahasa,
  • Bak kata peribahasa melayu,
  • Bak kata orang tua-tua,
  • Bak kata mutiara,
  • Bak peribahasa,
  • Bak kata cendekiawan,
  • Persis kata peribahasa,
  • Persis kata peribahasa melayu,
  • Persis kata orang tua-tua,
  • Persis kata mutiara,
  • Persis peribahasa,
  • “al ini sama dengan peribahasa
  • Senario ini persis dengan peribahasa melayu, yakni
  • Fenomena ini dikatakan

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Semoga dengan senarai ini dapat membantu para pelajar sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah untuk menggunakan penanda wacana ini dengan betul, seterusnya menghasilkan karangan yang bermutu tinggi dan akan mendapat markah terbaik.

Leave a Comment