Permohonan HPIPT 2023: Hadiah Pengajian IPT Selangor Online

Setiap tahun, permohonan HPIPT Selangor akan dibuka kepada rakyat Selangor. Pada tahun 2023, HPIP akan dibuka pendaftarannya pada 1 Mac sehingga 31 Mac 2023.

Hadiah Penagajian IPT Selangor merupakan bantuan berbentuk kewangan yang diberikan kepada rakyat Selangor yang memasuki Pusat Penagajian Tinggi Awam/Swasta.

Bantuan sebanyak RM1000 diberikan kepada mereka yang layak. Bantuan ini bertujuan mengurangkan beban pelajar yang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

hpiipt

Syarat Kelayakan HPIPT 2023

Sebelum anda membuat permohonan, ketahui dahulu syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:

  • Warganegara Malaysia dan lahir di Selangor. Ataupun telah lebih 11 tahun bermastautin di Selangor.
  • Ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA/IPTS dalam negara.
  • Juga bagi diploma dan sijil kemahiran tahap 4 sahaja.
  • Hanya dibuka bagi pelajar tahun pertama sahaja.
  • Pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pendapatan isi rumah keluarga di bawah RM5000

Jika anda menepati syarat-syarat ini, teruskan untuk membuat permohonan.

Baca: eGumis: Semakan Wang Tak Dituntut

Permohonan HPIPT 2023 Online

Untuk membuat permohonan, isi dahulu borang daftar permohonan online di sini: http://ehpipt.selangor.gov.my/hpipt/register

Selepas anda selesai mengisi borang, bolehlah teruskan dengan log masuk pada pautan ini: http://ehpipt.selangor.gov.my/hpipt/login

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2023

Soalan lazim

Berapakah jumlah pembayaran bantuan HPIPT Selangor?

RM1000 sekali pembayaran.

Saya merupakan pelajar tahun 2, bolehkah memohon?

Tidak. Hanya untuk pelajar tahun pertama sahaja.

Adakah Pengajian Tinggi swasta layak memohon?

Ya. Layak.

Adakah pelajar diploma layak memohon?

Ya.Pelajar diploma tahun 1 layak memohon.

Bilakah tempoh permohonan?

1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.

sumber: Portalsemakan

About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.

Leave a Comment