BINGKAS Selangor : Semakan Status dan Permohonan Online

Bantuan Bingkas Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan sebuah inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga di negeri tersebut yang terkesan akibat pandemik. Program ini adalah pengganti kepada Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang berakhir pada 30 Jun 2022. Bantuan ini menyediakan RM300 setiap bulan kepada keluarga yang layak dengan tujuan untuk membantu pembelian keperluan asas dan alat pendidikan untuk anak-anak mereka.

Siapa yang Layak Bingkas?

Bantuan ini ditargetkan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan. Syarat-syarat lain termasuklah:

  • Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia di bawah 18 tahun.
  • Pemastautin dan pengundi di Negeri Selangor.
manfaat bingkas

Cara Permohonan Bingkas

Pautan Bingkas: https://bingkasselangor.com

  1. Pemegang Kad KISS Lama: Bagi pemegang Kad KISS yang masih aktif, proses pendaftaran ke dalam program Bingkas adalah automatik. Mereka hanya perlu mengaktifkan akaun Bingkas melalui aplikasi e-dompet yang telah ditetapkan.
  2. Permohonan Baru: Permohonan baru untuk Bantuan Bingkas boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi. Proses permohonan bermula pada 1 Julai setiap tahun. Para pemohon perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan di laman web dan juga di aplikasi yang ditetapkan untuk proses pengesahan dan aktivasi bantuan.
semakan bingkas

Dokumen yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting seperti:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan,
  • Dokumen pengesahan pendapatan,
  • Salinan semakan SPR,
  • Salinan Kad OKU (jika berkaitan),
  • Salinan Sijil Kematian atau Sijil Cerai (jika berkaitan).

Bantuan ini bertujuan tidak hanya untuk membantu keluarga menghadapi kesulitan kewangan tetapi juga untuk memastikan pendidikan anak-anak tidak terganggu akibat krisis kewangan.

Untuk maklumat lebih lanjut dan untuk memulakan proses permohonan, sila layari laman web Bingkas Selangor.

About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.

Leave a Comment