RAMAI dalam kalangan umat Islam menghafal Sifat 20 kerana ia merupakan asas pengajian dalam akidah sejak prasekolah lagi. Bahkan, sifat-sifat ini telah dipopularkan melalui nasyid kumpulan Raihan dan Rabbani, menjadikan hafalan lebih mudah, terutama bagi kanak-kanak.
Apa Itu Sifat 20 Allah?
“Sifat 20” merujuk kepada dua puluh sifat wajib yang mesti ada pada Allah SWT dan menunjukkan kesempurnaan-Nya. Berikut adalah senarai 20 Sifat Allah dan maksud ringkas setiap sifat tersebut:
- Wujud – Allah itu ada
- Qidam – Allah itu sedia ada, tidak mempunyai permulaan
- Baqa’ – Allah itu kekal, tidak berakhir
- Mukhalafatu lil Hawadith – Allah itu berbeza dengan makhluk
- Qiyamuhu Binafsihi – Allah berdiri sendiri, tidak memerlukan apa pun
- Wahdaniyah – Allah adalah Esa, tiada sekutu
- Qudrat – Allah Maha Kuasa
- Iradat – Allah Maha Berkehendak
- Ilmu – Allah Maha Mengetahui
- Hayat – Allah Maha Hidup
- Sama’ – Allah Maha Mendengar
- Basar – Allah Maha Melihat
- Kalam – Allah Maha Berfirman
- Qadiran – Allah dalam keadaan berkuasa
- Muridan – Allah dalam keadaan berkehendak
- Aliman – Allah dalam keadaan mengetahui
- Hayyan – Allah dalam keadaan hidup
- Sami’an – Allah dalam keadaan mendengar
- Basiran – Allah dalam keadaan melihat
- Mutakalliman – Allah dalam keadaan berkata-kata
Mengapa Umat Islam Mempelajari Sifat 20 Allah?
Walaupun Allah SWT memiliki lebih banyak sifat, dua puluh sifat ini dirumuskan oleh ulama bagi memudahkan pemahaman tentang asas ketuhanan dan mengukuhkan akidah. Antaranya:
- Memudahkan Pengenalan: Sifat 20 dipilih kerana ia merangkumi aspek utama kesempurnaan Allah dan membantu umat Islam memahami Allah dengan lebih mendalam.
- Dasar Akidah: Setiap sifat ini disokong oleh dalil daripada Al-Quran dan Hadis serta bersesuaian dengan akal yang sihat.
- Asas Mengenal Tuhan: Sifat-sifat ini adalah syarat ketuhanan yang wajib ada pada Tuhan sebenar, dan mustahil sifat-sifat ini ada pada selain Allah SWT.
Kesimpulan
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Memahami Sifat 20 ini adalah asas penting bagi umat Islam dalam mengukuhkan akidah dan keyakinan terhadap Allah. Penghayatan sifat-sifat ini membantu kita lebih dekat dengan Allah SWT dan meningkatkan ketakwaan.