STR 2024: Kemaskini Maklumat dan Permohonan Baru (Semakan)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 ialah inisiatif bantuan kewangan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024). Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup​

Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 (STR 2024) diteruskan lagi dengan jumlah bayaran yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Mulai 1 November 2023, pemohon boleh mula mengemaskini maklumat masing-masing dan juga bagi yang ingin. membuat permohonan baru juga boleh turut melakukannya pada tarikh yang sama.

Login STR 2024 Kemaskini dan Semakan

Berikut adalah cara login, semakan dan kemaskini maklumat STR 2024:

  1. Layari laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  2. Masukkan nombor Mykad dan klik semak.
  3. Kemudian masukkan kata laluan anda dan login.
  4. Pergi ke bahagian kemaskini maklumat untuk buat kemaskini.

Permohonan Baru STR 2024

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan baru STR 2024 melalui MYSTR

str 2024

Jumlah Pembayaran STR 2024

Jumlah pembayaran STR 2024 adalah seperti berikut:

  • Maksimum sehinggan RM3700 bagi isi keluarga
  • Bujang akan menerima sebanyak RM500

Untuk lebih terperinci, boleh lihat jadual jumlah bayaran STR 2024 di bawah ini.

Kategori PenerimaPendapatanBilangan AnakJumlah STR (RM)Jumlah SARA (RM)Jumlah Keseluruhan (RM)
Isi Rumah≤ RM2,50001,0001,2002,200
Isi Rumah≤ RM2,5001-21,5001,2002,700
Isi Rumah≤ RM2,5003-42,0001,2003,200
Isi Rumah≤ RM2,500≥ 52,5001,2003,700
Isi RumahRM2,501 – RM5,0000500300800
Isi RumahRM2,501 – RM5,0001-27503001,050
Isi RumahRM2,501 – RM5,0003-41,0003001,300
Isi RumahRM2,501 – RM5,000≥ 51,2503001,550
Warga Emas Sebatang Kara≤ RM5,000600150750
Bujang (21-59 tahun)350150500
Bujang OKU (19-59 tahun)350150500

Tarikh Pembayaran STR 2024 Fasa 1

Pembayaran fasa pertama STR 2024 akan dibuat mengikut tarikh berikut:

  • Fasa 1- Februari 2024
  • Fasa 2- April 2024
  • Fasa 3- Ogos 2024
  • Fasa 4 – November 2024

Bagaimanapun, tarikh ini tertakluk kepada pindaan semasa.

Nombor untuk Dihubungi

  • Portal Rasmi STR LHDNM: Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.
  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
  • Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
  • Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya​
About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.

Leave a Comment