Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) diciptakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai aplikasi atas talian.Alat ini bertujuan untuk mengisi dan menyimpan maklumat murid, termasuk biodata peribadi, kehadiran, dan lain-lain.
Aplikasi ini penting juga dalam mengisi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), kerana data yang terkandung harus seiring dengan data yang dimasukkan ke dalam sistem SAPS.
Jika terdapat kesalahan dalam pengisian data, para guru biasanya menghubungi Setiausaha Peperiksaan (SUP) untuk membetulkan kesalahan yang dialami.
Login APDM Online
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Anda boleh mengakses dan login melalui pautan yang disediakan berikut https://apdm.moe.gov.my
Selepas masuk ke dalam link berkenaan, masukkan ID pengguna serta kata laluan anda. Jika anda terlupa, boleh klik lupa kata laluan yang tertera pada ruangan untuk login.
Lihat sini untuk melihat manual penggunaan data murid. KLIK sini
PENGUMUMAN TERBARU
Ini adalah pengumuman terbaru.
Berikut dikongsikan beberapa dokumen / panduan yang mungkin dapat membantu anda berkenaan.
- Surat Pemakluman Pengemaskinian Maklumat Dalam Modul Pengurusan Murid bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025
- Makluman Permohonan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu Kelas Aliran Agama Bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025.
Semoga artikel ringkas mengenai Aplikasi Pangakalan Data Murid ini dapat membantu anda semua di dalam mengisi dan mengemaskini maklumat murid di sekolah. Jika mempunyai sebaran gkesukaran dan persoalan, boleh hubungi SUP di sekolah anda.
Soalan Lazim APDM
1. Apa itu laman web Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)?
Untuk mengakses APDM, sila lawati laman web: apdm.moe.gov.my.
2. Bagaimana guru kelas boleh log masuk ke APDM?
Pastikan guru kelas telah didaftarkan oleh pentadbir APDM sekolah. Untuk log masuk, gunakan:
- ID Pengguna: Nombor kad pengenalan guru (tanpa simbol sengkang).
- Kata Laluan: Kata laluan yang diberikan. Pastikan tukar kata laluan selepas log masuk pertama.
3. Bagaimana mendaftarkan atau menukar guru kelas?
Administrator APDM sekolah boleh mendaftar guru baru atau menukar guru kelas sedia ada melalui menu ‘Pendaftaran Kelas’.
4. Bagaimana mendaftarkan atau mengemaskini kelas?
Administrator APDM boleh mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sedia ada melalui menu ‘Pendaftaran Kelas’.
5. Bagaimana memadam kelas sedia ada?
Administrator APDM sekolah boleh memadam kelas sedia ada melalui menu ‘Pendaftaran Kelas’.
6. Bagaimana membuat laporan MBMMBI?
Administrator APDM sekolah boleh mengemaskini laporan pelaksanaan MBMMBI untuk setiap kelas melalui menu ‘Pendaftaran Kelas’.
7. Apa yang perlu dilakukan jika guru kelas terlupa kata laluan?
Hubungi Admin APDM sekolah untuk reset kata laluan melalui menu ‘Reset Katalaluan’ di ruangan nama guru tersebut.
8. Bagaimana mendaftar atau menambah rekod murid?
Guru kelas boleh mendaftar murid baru atau mengemas kini maklumat murid sedia ada melalui menu ‘Data Murid’. Masukkan maklumat identiti murid seperti No KP, Sijil Lahir, atau No Passport.
9. Bagaimana mengemaskini maklumat murid?
Guru kelas boleh mengemas kini maklumat murid sedia ada melalui menu ‘Data Murid’.
10. Bolehkah guru kelas mendapatkan data murid?
Ya, guru kelas boleh memuat turun data murid dalam format Excel melalui menu ‘Data Murid’ dan klik ‘Muat Turun Excel’.
11. Bagaimana memadam rekod murid?
Guru kelas boleh memadam rekod murid yang berpindah atau bertindih melalui menu ‘Data Murid’ dan memilih sebab untuk memadam murid tersebut.
12. Bagaimana menukar kelas murid?
Guru kelas boleh menukar kelas murid melalui menu ‘Data Murid’ dengan memilih kelas baru dan klik ‘Kemaskini’.
13. Bagaimana Pengetua/Guru Besar membuat pengesahan permohonan Sekolah Kawalan?
Pengetua atau Guru Besar perlu didaftarkan oleh Admin APDM sekolah dan menggunakan ID pengguna (No KP) serta kata laluan yang diberikan untuk log masuk. Selepas log masuk, pergi ke menu ‘Sekolah Kawalan’ dan klik ‘Sahkan Permohonan’ bagi permohonan yang menunggu pengesahan.