Bantuan Khas Siswa MADANI 2026 ialah bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM2,000 untuk mahasiswa India daripada keluarga B40 yang memenuhi syarat. Hebahan rasmi Politeknik Nilai menyatakan permohonan dibuka dari 14 September hingga 31 Oktober 2026.
Pautan permohonan rasmi: Borang Permohonan Bantuan Khas Siswa MADANI 2026.
Siapa yang layak memohon?
Bantuan ini disasarkan kepada mahasiswa India daripada keluarga B40. Pemohon perlu meneliti garis panduan rasmi dan menyediakan bukti yang diminta sebelum menghantar borang.
Tarikh penting
- Permohonan dibuka: 14 September 2026.
- Tarikh tutup: 31 Oktober 2026.
- Kadar bantuan: RM2,000 secara one-off.
Cara memohon
- Untuk memohon, bolehlah layari pautan permohonan rasmi Bantuan Khas Siswa MADANI.
- Baca garis panduan dan pastikan syarat kelayakan dipenuhi.
- Isi maklumat dengan tepat serta muat naik dokumen sokongan yang diminta.
- Hantar permohonan sebelum 31 Oktober 2026 dan simpan bukti penghantaran.
Perkara penting sebelum hantar
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Gunakan hanya pautan yang dirujuk oleh hebahan rasmi dan jangan berkongsi maklumat peribadi dengan pihak yang tidak berkaitan. Semak semula dokumen supaya permohonan lengkap.
Artikel berkaitan
Baca juga Biasiswa Anak eKasih PTPTN dan Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti 2026.




