Hari Deepavali pastinya ramai yang tertunggu-tunggu sama ada Kementerian Pendidikan Malaysia ada mengumumkan cuti tambahan pada perayaan deepavali ini.
Berita baik, KPM telah mengumumkan cuti tambah untuk semua sekolah di seluruh Malaysia mengikut kumpulan negeri.
Cuti Deepavali dan Cuti Sekolah
Cuti deepavali bagi murid sekolah dan warga KPM adalah seperti berikut:
- Kumpulan A: Cuti bermula dari 30 Oktober hingga 2 November 2024 (Rabu hingga Sabtu) bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
- Kumpulan B: Cuti bermula dari 30 Oktober hingga 3 November 2024 (Rabu hingga Ahad) untuk negeri lain kecuali Sarawak, yang hanya mempunyai cuti pada 31 Oktober.
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Ini bermakna, kumpualan A akan bercuti selama 4 hari. Manakala Kumpulan B pula bercuti sebanyak 5 hari.
Semoga cuti sekolah ini dapat anda manfaatkan dengan bersama keluarga dan insan tersayang.