Sistem e Pangkat diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan dan urusan kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan.Sistem e-Pangkat adalah termasuk dalam Modul Pengurusan Guru .
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah antara pihak yang banyak menggunakan sistem e-Pangkat ini.
Cara Proses Kenaikan Pangkat
Proses / Pelaksanaan bagi urusan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
- Urusan kenaikan pangkat dilakukan secara dalam talian (online).
- PPP perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Khas
- Borang tersebut perlu dikemukakan kepada ketuan jabatan.
- Ketua Jabatan akan melalukan LPNK.
- Ketua Jabatan akan pastikan maklumat perkhidmatan dan markah prestasi dikemaskini dalam sistem epangkat.
- Kemudian akan terdapat tempoh perakuan Pengetua/Guru besar/ Ketua Bahagian kepada JPN/Bahagian.
- Seterusnya tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/Ipag Kampus/Kolej Matrikulasi kepada BPSM dan KPM.
- Tempoh masa perakuan perlu ditepati bagi mengelakkan sebarang permohonan ditolak.
Cara Login Sistem ePangkat 2023
Untuk masuk ke dalam sistem e-pangkat, anda bolehlah layari: https://epangkat.moe.gov.my/login.php
Cara Semakan Keputusan Naik Pangkat
- Anda boleh membuat semakan keputusan urusan kenaikan pangkat dengan melayari: https://naikpangkat.moe.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Klik semak.
Nombor Untuk Dihubungi
Jika terdapat sebarang persoalan , anda bolehlah hubungi:
Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
email: epangkat.admin@moe.gov.my
- Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
- Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
- Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1).
- Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang TELAH BERJAYA bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak STATUS SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT DENGAN KETUA JABATAN/BAHAGIAN MASING-MASING SELEPAS 30 HARI BEKERJA dari TARIKH MUAT NAIK DATA.