Prasekolah 2025:Semakan keputusan kemasukan dan pendaftaran

Permohonan pra-sekolah melalui sistem ePrasekolah menjadi pilihan popular di kalangan ibu bapa di Malaysia. Ini kerana ia menyediakan kemudahan yang lebih mudah dan pantas untuk memohon kemasukan prasekolah bagi anak-anak mereka.

Semakan Keputusan melalui eprasekolah

Setelah permohonan dilakukan, ibu bapa akan dapat menyemak keputusan permohonan kemasukan prasekolah mulai 5 Ogos 2023. Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2023. Pengguna disarankan untuk merujuk pada manual pengguna untuk panduan.

link semakan: https://eprasekolah.moe.gov.my/

Rayuan Prasekolah

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Jika anak anda tidak berjaya mendapat tempat prasekolah yang dipohon, rayuan boleh mula dibuat bermula 5 ogos 2024 sehingga 20 Ogos 2024.

Rayuan juga boleh terus dibuat pada pautan yang sama di https://eprasekolah.moe.gov.my/ . Anda perlu login terlebih dahulu, kemudian klik pada bahagian rayuan dan buat rayuan dan nyatakan sebab rayuan.

Permohonan ePrasekolah

Permohonan baru kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi akademik 2025/2026 secara dalam talian telah dibuka pada 1 Mac 2024 dan akan berakhir pada 30 April 2024. Ibu bapa hanya perlu mengisi borang permohonan prasekolah bagi anak mereka yang layak memohon.

Link permohonan: https://eprasekolah.moe.gov.my/

Syarat Kemasukan umur murid

Sesi kemasukan 2024 hanya terbuka untuk murid yang lahir pada tahun 2019 (umur 5+), tahun 2020 (umur 4+), dan tahun 2021 (umur 3+ bagi yang lahir pada 1 JANUARI 2021 – 15 JANUARI 2022) sahaja yang layak memohon.

Untuk menggunakan sistem ini, pengguna yang baru perlu mendaftar terlebih dahulu. Ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar dan pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

Namun, jika pengguna mengalami sebarang masalah teknikal semasa menggunakan sistem ePrasekolah, mereka boleh menghubungi pihak pengurusan melalui emel eprasekolah@moe.gov.my.

Dalam era digital yang semakin maju ini, ePrasekolah menjadi salah satu cara yang paling mudah dan efektif bagi ibu bapa untuk memohon kemasukan anak-anak mereka ke prasekolah. Dengan kemudahan yang disediakan oleh ePrasekolah, ibu bapa dapat menguruskan permohonan kemasukan prasekolah dengan lebih mudah dan pantas.

Apakah itu Prasekolah?

Prasekolah adalah tahap pendidikan awal yang diberikan kepada anak-anak sebelum mereka memasuki tahun-tahun sekolah yang lebih tinggi. Prasekolah biasanya ditujukan kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun dan bertujuan untuk mempersiapkan mereka secara menyeluruh untuk memasuki pendidikan formal yang lebih terstruktur.

Program prasekolah biasanya melibatkan aktiviti-aktiviti yang merangkumi aspek perkembangan kanak-kanak seperti bahasa, matematik, kognitif, sosial, dan emosi. Kanak-kanak juga diajar untuk memahami norma dan nilai-nilai sosial masyarakat dan berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang sopan dan bersahabat. Selain itu, prasekolah juga membantu mengembangkan kecakapan motor halus dan kasar kanak-kanak serta memberikan peluang kepada mereka untuk bereksperimen, mengeksplorasi, dan belajar melalui permainan dan aktiviti-aktiviti kreatif.

Prasekolah biasanya dijalankan oleh pihak swasta atau pihak kerajaan dan ditawarkan di pelbagai institusi seperti tadika, taska, dan pra-sekolah yang disediakan oleh sekolah rendah. Program prasekolah biasanya disusun dalam bentuk yang fleksibel dan boleh disesuaikan dengan keperluan dan kebolehan setiap kanak-kanak.

Leave a Comment