Harga Renew Lesen Memandu 2025: Kereta dan Motosikal

Memperbaharui lesen memandu adalah perkara penting untuk memastikan anda terus memandu secara sah. Namun, ramai yang keliru dengan istilah kelas lesen. Jangan risau, artikel ini akan membantu anda memahami kadar bayaran berdasarkan jenis kenderaan seperti kereta dan motosikal.

Baca: No siri Lesen Memandu


Harga Renew Lesen Memandu

  1. Lesen Memandu Motosikal (Kelas B2/B/C)
    • Lesen Belajar Memandu (LDL):
      • RM2 atau RM4 (Tempoh: 3/6 bulan)
    • Lesen Percubaan (PDL):
      • RM2 untuk tempoh 2 tahun
    • Lesen Kompeten (CDL):
      • RM20 untuk tempoh 1 tahun
  2. Lesen Memandu Kereta (Kelas D)
    • Lesen Belajar Memandu (LDL):
      • RM30 atau RM60 (Tempoh: 3/6 bulan)
    • Lesen Percubaan (PDL):
      • RM60 untuk tempoh 2 tahun
    • Lesen Kompeten (CDL):
      • RM30 untuk tempoh 1 tahun
  3. Lesen Vokasional (Lesen GDL/PSV)
    • RM20 untuk tempoh 1 tahun

Soalan Lazim

  1. Bagaimana nak tahu kelas lesen saya?
    Anda boleh semak kelas lesen pada lesen memandu anda. Untuk motosikal, biasanya Kelas B2 atau B/C. Untuk kereta, ia adalah Kelas D.
  2. Bolehkah renew lesen secara dalam talian?
    Ya, anda boleh renew secara online melalui aplikasi MyJPJ. Anda juga boleh ke Pejabat Pos atau JPJ berdekatan.
  3. Apa berlaku jika lesen tamat tempoh lebih 3 tahun?
    Anda perlu mengambil semula ujian praktikal JPJ untuk mendapatkan lesen baharu.

Tips Cepat Renew Lesen

  • Gunakan MyJPJ untuk renew lesen secara digital dan nikmati rebat RM5.
  • Pastikan anda membawa MyKad dan lesen lama semasa renew di kaunter.

Jadi, tak perlu pening dengan istilah kelas lesen lagi! Fokus saja sama ada lesen anda untuk kereta atau motosikal, dan renew sebelum tamat tempoh. Selamat memandu! 🚗🏍️

Leave a Comment