Kadar Zakat Fitrah 2025 (Semua Negeri di Malaysia)

By Cikgu Mardhia

​Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan sebagai penyucian diri dan melengkapi ibadah puasa. Kadar zakat fitrah di Malaysia ditentukan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri dan berbeza mengikut jenis beras yang menjadi makanan harian penduduk. Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2025 mengikut negeri

Kadar Bayaran Zakat FItrah 2025

Berikut adalah kadar zakat fitrah 2025 bagi semua negeri di Malaysia dalam bentuk jadual:

NegeriKadar Zakat Fitrah 2025 (RM)
Perlis9
Kedah7 (beras super spesial tempatan), 14 (beras import)
Pulau Pinang7 (beras super spesial tempatan), 10 (beras putih import), 15 (beras rebus, beras perang), 25 (beras wangi, beras basmati)
Perak10 (beras super spesial tempatan), 16 (beras perang, beras wangi), 27 (beras basmati, beras pulut)
Selangor7 (beras super spesial tempatan), 15 (beras putih import, beras perang), 22 (beras basmati, beras Jepun)
Negeri Sembilan7.50 (beras super spesial tempatan), 12 (beras import), 22 (beras basmati)
Melaka7 (beras super spesial tempatan), 15 (beras import), 22 (beras basmati)
Johor7 (beras super spesial tempatan), 12 (beras import), 20 (beras basmati)
Pahang7 (beras super spesial tempatan), 14 (beras import), 21 (beras basmati)
Terengganu10 (beras super spesial tempatan), 21 (beras basmati)
Kelantan8 (beras super spesial tempatan), 14 (beras import), 21 (beras basmati)
Sabah7.50
Sarawak7.50
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)7 (beras super spesial tempatan), 15 (beras import), 22 (beras basmati)

Nota:

  • Kadar zakat fitrah ditentukan berdasarkan jenis beras yang menjadi makanan harian pembayar zakat.
  • Bayaran boleh dilakukan melalui amil yang dilantik atau secara dalam talian menerusi portal rasmi Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment