Langkah Mempertahankan Kedaulatan

, ,

Kedaulatan merupakan elemen penting dalam memastikan kestabilan politik dan kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, langkah-langkah strategik perlu diambil oleh pemerintah dan rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara bagi menjamin keselamatan serta keutuhan negara dari ancaman luar atau dalaman.


Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi

Pemerintah

  • Melaksanakan pentadbiran yang cekap.
  • Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran.
  • Menyediakan sumber kekayaan negara secara adil untuk pembangunan ekonomi.
  • Melaksanakan undang-undang negara mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat

  • Memberikan ketaatan kepada raja dan negara.
  • Menyokong segala usaha pemerintah bagi mewujudkan kestabilan politik.
  • Memupuk kerjasama dalam pembahagian kekayaan negara.
  • Mematuhi undang-undang negara untuk memastikan keharmonian.

Mengekalkan Perpaduan Kaum

Pemerintah

  • Menggubal dasar perpaduan kaum untuk integrasi nasional.
  • Memastikan pelaksanaan program pendidikan dan kebudayaan yang relevan.
  • Merangka kempen perpaduan untuk menggalakkan keharmonian.

Rakyat

  • Menggunakan bahasa kebangsaan dan memahami prinsip Rukun Negara.
  • Menghormati agama serta budaya masyarakat berbilang kaum.
  • Melibatkan diri dalam program masyarakat yang memupuk kerjasama.

Memupuk Patriotisme

Pemerintah

  • Mengadakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan.
  • Mewajibkan pendidikan sejarah untuk melahirkan generasi yang cintakan negara.
  • Menghasilkan filem patriotisme untuk menanamkan semangat cinta tanah air.

Rakyat

  • Menghormati simbol negara seperti Jalur Gemilang.
  • Menyanyikan lagu kebangsaan sebagai tanda cinta kepada tanah air.
  • Menyokong usaha memperkukuh keutuhan negara.

Mengukuhkan Pertahanan Negara

Pemerintah

  • Menggubal dasar pertahanan negara.
  • Menjalankan latihan ketenteraan secara konsisten.
  • Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

Rakyat

  • Bersikap peka terhadap keselamatan negara.
  • Menggalakkan kolaborasi antara masyarakat dan pihak berkuasa dalam isu pertahanan.
  • Menyumbang tenaga sukarela untuk mempertahankan kedaulatan.

Penutup

Langkah mempertahankan kedaulatan memerlukan kerjasama erat antara pemerintah dan rakyat. Dengan kestabilan politik, perpaduan kaum, semangat patriotisme, dan persediaan pertahanan yang kukuh, kedaulatan negara dapat terus dipertahankan. Sebagai rakyat Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk menghormati dan mematuhi dasar yang menjamin keutuhan negara.

Nota ini adalah berumberkan Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 1.

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Nota lain:

Leave a Comment