MySalam : Semakan Kelayakan dan Permohonan Online 2024

mySalam merupakan satu bantuan daripada kerajaan untuk memberikan skim takaful percuma buat individu yang tidak berkemampuan.Rakyat Malaysia yang menepati syarat kelayakan mySalam layak untuk mendapat bantuan ini.

Syarat Kelayakan

Seseorang itu layak untuk menerima manfaat daripada mySalam jika mereka memenuhi kriteria berikut:

syarat mysalam

Cara Semakan


Semakan kelayakan Mysalam boleh dibuat dengan cara:

Senarai Penyakit yang Dilindungi mySalam

Ini adalah 45 senarai penyakit kritikal yang dilindungi di bawah skim mySalam

1.Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
2.Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
3.Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
4.Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
5.Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
6.Pembedahan Otak
7.Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
8.Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
9.Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
10.Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
11.Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
12.Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
13.Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
14.Kegagalan Hati Tahap Akhir
15.Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
16.AIDS Dengan Gejala Penuh
17.Hepatitis Viral Fulminan
18.Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
19.Pembedahan Injap Jantung
20.Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
21.Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
22.Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23.Hilang Keupayaan Bertutur
24.Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
25.Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
26.Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
27.Sklerosis Multipel
28.Distrofi Otot
29.Kelumpuhan Anggota
30.Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
31.Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
32.Penyakit Arteri Koronari Serius
33.Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
34.Pembedahan Aorta
35.Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
36.Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
37.Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
38.Penyakit Terminal (Membawa Maut)
39.Penyakit Sistik Medular
40.Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
41.Poliomielitis
42.Skleroderma Progresif
43.Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
44.Elefantiasis (Penyakit Untut)
45.Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Permohonan MySalam

Perlu diingat bahawa tiada permohonan perlu dibuat untuk mySalam 2024. Untuk senarai penerima terkini, ianya adalah berdasarkan penerima dan pasangan yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020 dan juga Sumbangan Tunai Rakyat STR 2023.

Adakah Penyakit Covid-19 buat tuntutan?

  • Tuntutan boleh dibuat sebanyak RM50 sehari sehingga maksimum 14 hari bagi mereka yang dimasukkan ke dalam wad .
  • Ini bermakna tuntutan maksimum 50×14 =RM700.
  • Jika disebabkan Covid-19, anda mendapat 45 penyakit kritikal, anda juga boleh membuat tuntan RM8,000 sekali seumur hidup..
About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.

Leave a Comment