Niat Mandi Wajib (dalam Arab dan Rumi)

By Cikgu Mardhia

Mandi wajib atau mandi junub adalah tindakan pembersihan menyeluruh yang diwajibkan dalam Islam bagi beberapa keadaan, seperti setelah bersetubuh, mengalami mimpi basah, atau bagi wanita, setelah selesai daripada haid atau nifas. Mandi wajib bertujuan untuk mensucikan diri dari hadas besar sehingga seseorang itu layak untuk melaksanakan ibadah seperti solat.

Niat mandi wajib penting sebelum mandi wajib. Kepada para pelajar sekolah menengah, semestinya anda akan menjengah akil baligh dalam usia anda di sekolah menengah. Di sekolah, dalam subjek pendidikan Islam di sekolah juga diajar cara mandi wajib dan niatnya bagaimana. Di sini kami kongsikan niat mandi wajib.

Niat Mandi Wajib (Arab dan Rumi)

نَوَيْتُ رَفْع اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

“Nawaitu raf’al hadatsi akbari lillahi ta’ala.”

Maksudnya:

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”

Semoga dengan artikel ringkas niat mandi wajib ini dapat membantu anda untuk mandi wajib dengan sempurna. Untuk cara mandi wajib, boleh lihat di sini – Cara Mandi wajib.

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment