Pakej Kundasang Sabah Murah

Adakah anda sedang mencari pakej ke Kundasang , Sabah dengan harga yang murah daripada lain, sebelum itu, kami kongsikan apa yang akan anda alami ketika mengambil pakej ini.

HARI 1: KUALA LUMPUR – KOTA KINABALU – KUNDASANG

Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat dan terus bergerak ke Menara Yayasan Sabah, yang juga dikenali sebagai Menara Tun Mustapha. Seterusnya, anda akan melawat Masjid Terapung yang terkenal kerana kelihatan seperti terapung di permukaan air. Perjalanan diteruskan ke Jambatan Tamparuli yang merupakan simbolik pekan Tamparuli. Selepas itu, bertolak ke Kundasang yang mengambil masa sekitar dua jam. Dalam perjalanan, singgah sebentar di Pekan Nabalu sebelum tiba di Pekan Kundasang untuk check-in di penginapan.

HARI 2: KUNDASANG – KOTA KINABALU (SP)

Sarapan pagi akan disediakan di penginapan. Anda akan dibawa melawat ke Desa Cattle Farm, yang dikenali sebagai New Zealand Sabah kerana pemandangan indahnya. Kemudian, lawatan diteruskan ke Sabah Tea Garden dan Luanti Fish Spa untuk merasai pengalaman spa ikan di sungai yang segar. Seterusnya, melawat Poring Hot Spring dan Taman Negara Kinabalu – dengan aktiviti Canopy Walk (pilihan) di hutan Kinabalu sebelum bertolak kembali ke Kota Kinabalu. Setibanya di Kota Kinabalu, anda akan menikmati makan malam seafood di Restoran Waterfront (pilihan). Check-in di penginapan.

Booking tempat anda

HARI 3: KOTA KINABALU (SP)

Sarapan pagi disediakan dan aktiviti bebas sepanjang hari. Anda juga boleh memilih untuk menyertai lawatan pilihan (optional tour) untuk mengisi hari anda.

HARI 4: KOTA KINABALU – KUALA LUMPUR (SP)

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Sarapan pagi disediakan di penginapan. Selepas check-out, anda akan dibawa ke Pasar Filipin dan Jamilah Jewellery untuk membeli cenderamata. Perjalanan diteruskan ke KK Chocolate House dan D’Ita Kek Lapis (pilihan) sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi berserta 20kg bagasi.
  • Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang termasuk sarapan pagi.
  • Tiket lawatan seperti yang tertera dalam jadual.
  • Pengangkutan bas/van persiaran berhawa dingin.
  • Pemandu pelancong (driver cum guide) yang fasih berbahasa Melayu/Inggeris.
  • Upah (tipping) untuk pemandu pelancong.

Tidak Termasuk:

  • Insurans Perjalanan & Covid-19.
  • Pengangkutan dan kos pemandu pelancong pada hari ke-3.
  • Ketua rombongan (tour leader) – digantikan dengan wakil di Kota Kinabalu.
  • Kos makan tengahari dan malam kecuali yang dinyatakan (anggaran RM10-RM15 sekali makan).
  • Tiket lawatan untuk Canopy Walk: MYR 10 seorang.
  • Kos caj tambahan untuk warganegara bukan Malaysia.

Butiran Lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM300 seorang.
  • Jadual tertakluk kepada perubahan saat-saat akhir disebabkan faktor cuaca atau masalah operasi.
  • Aktiviti yang telah disediakan tidak akan ada pemulangan jika tidak digunakan atau dibatalkan atas faktor cuaca atau masalah operasi.

Untuk booking tempat anda

Booking tempat anda

Leave a Comment