Koleksi Pantun Hari Jadi Buat Rakan dan Keluarga

Hari lahir adalah detik istimewa yang diraikan dengan penuh kegembiraan bersama orang tersayang. Dalam meraikan hari istimewa ini, ucapan yang bermakna seperti pantun hari jadi dapat menambahkan keceriaan serta menyampaikan doa dan harapan terbaik buat insan yang diraikan. Pantun hari jadi bukan sahaja menyampaikan ucapan dengan cara yang kreatif, tetapi juga mencerminkan nilai budaya yang kaya dalam kehidupan masyarakat kita.

Baca juga: Pantun Pengacara Majlis.

Senarai Pantun Selamat Hari Jadi

  1. Buah peria ulam pegaga,
    Dimakan bersama gulai nangka.
    Semakin hari semakin berusia,
    Tingkatkan amalan menuju ke syurga.
  2. Terasa lapar selepas solat,
    Makan roti disapu coklat.
    Selamat hari lahir my sweetheart,
    Sayang awak dunia akhirat.
  3. Pergi Kuantan, singgah di Maran,
    Membeli bekalan untuk santapan.
    Selamat hari jadi saya ucapkan,
    Ada jamuan nanti jangan dilupakan.
  4. Anak dara duduk berangan,
    Mendengar lagu menggoda jiwa.
    Selamat hari jadi aku ucapkan,
    Buat kamu yang istimewa.
  5. Bunga mawar dipetik jangan,
    Nanti duri tercucuk tangan.
    Selamat ulang tahun kelahiran saya ucapkan,
    Sudah bertambah usianya badan.
  6. Burung kedidi berkaki panjang,
    Singgah makan di tepi sawah.
    Ku doakanmu umur yang panjang,
    Dengan ucapan sanah helwah.
  7. Bagi tidur di waktu pagi,
    Pergi kerja di ibu kota.
    Ku ucapkan selamat hari jadi,
    Buat kamu insan yang aku cinta.
  8. Sungguh cantik burung kenyalang,
    Terbang hinggap di ranting mati.
    Sanah helwah insan yang aku sayang,
    Moga hidup sentiasa dirahmati.
  9. Usia kita bertambah lagi,
    Itu menandakan umur meningkat.
    Panjang umur murah rezeki,
    Ceria selalu mendapat rahmat.
  10. Petang hari menangkap ikan,
    Sambil bermain lelah di taman.
    Selamat hari jadi saya ucapkan,
    Kepada tuan hamba yang budiman.

Artikel lain: Koleksi teka teki lawak.

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Semoga pantun-pantun ini dapat menyemarakkan ucapan hari lahir anda kepada yang tersayang!

Leave a Comment