Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

, ,

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat untuk memupuk perpaduan dan mencapai kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia. DEB dilaksanakan bermula pada tahun 1970 dan berakhir pada 1990. Tujuan utama DEB adalah untuk mengurangkan jurang sosioekonomi antara kaum di Malaysia dan mewujudkan keseimbangan dalam pembahagian kekayaan negara.


Latar Belakang Pembentukan DEB

Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada bulan Januari 1970 dengan tujuan untuk merangka garis panduan bagi membangunkan negara melalui perancangan ekonomi yang dapat mengurangkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. MAPEN bertujuan untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmat kesejahteraan yang sama tanpa mengira kaum.

  • Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua, memainkan peranan penting dalam pengenalan DEB untuk menjamin pembangunan ekonomi yang lebih seimbang.
  • Pakar yang terlibat: Dr. Rais Saniman (Malaysia), Dr. Just Faaland (Norway), dan Dr. Jack R. Parkinson (Britain) turut memberi pandangan dalam merangka dasar ini.

Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Matlamat utama DEB adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan menggunakan strategi yang tersusun dan berkesan:

  1. Menghapuskan kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan.
  2. Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Isu Sosioekonomi

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan rancangan membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat yang dilancarkan melalui DEB:

  1. Jurang Sosioekonomi antara Bumiputera dengan Bukan Bumiputera: Memperkukuhkan penyertaan ekonomi daripada golongan Bumiputera.
  2. Jurang Sosioekonomi antara Pantai Timur dan Pantai Barat: Mewujudkan keseimbangan pembangunan di kawasan luar bandar dan bandar.
  3. Jurang Sosioekonomi antara Negeri: Menyeimbangkan perkembangan antara negeri-negeri yang lebih maju dan kurang maju.

Kesimpulan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) memainkan peranan besar dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum di Malaysia. Melalui strategi yang menyeluruh, DEB berfungsi untuk mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan seimbang dari segi ekonomi dan sosial.


Nota ini disusun dari Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 7.

Nota lain:

Leave a Comment