Latar Belakang
- Nama Sebenar: Mat Salleh atau Mohammad Salleh.
- Tempat Lahir: Dilahirkan di Inanam, Sabah.
- Keturunan: Berketurunan Bajau dan Suluk.
Sebab Penentangan
- Tindakan SBUB: Mat Salleh menentang tindakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang mengambil alih hak memungut cukai dan menyebabkan para pembesar tempatan kehilangan kuasa.
- Rundingan Gagal: Mat Salleh cuba mengadakan rundingan dengan SBUB tetapi gagal. Sebaliknya, Gabenor Beaufort menolak tuntutan Mat Salleh dan lebih mengutamakan kepentingan SBUB.
Peristiwa Penentangan
Serangan ke atas Pentadbiran British (Julai 1897):
- Pada Julai 1897, Mat Salleh melancarkan serangan ke atas pusat pentadbiran British di Pulau Gaya dan membina kubu di Ranau.
Serangan di Ambong (November 1897):
- Pada November 1897, Mat Salleh menyerang kawasan Ambong.
Perundingan di Menggatal:
- SBUB cuba mengadakan rundingan dengan Mat Salleh di Menggatal tetapi gagal mencapai persetujuan.
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Pertempuran di Tambunan (1898-1900):
- Pada 1898, Mat Salleh dan pengikutnya membina kubu di Tambunan sebagai benteng pertahanan utama.
- Pasukan tentera SBUB melancarkan serangan besar-besaran terhadap kubu ini.
- Akhirnya, pada tahun 1900, Mat Salleh gugur dalam pertempuran di Tambunan.
Nota ini mengandungi maklumat penting mengenai latar belakang Mat Salleh, sebab penentangan terhadap SBUB, peristiwa utama dalam penentangan.
Nota ini adalah dari Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 Bab 7.
Nota lain: