Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1956 selepas persetujuan Raja-raja Melayu. Ia dikenali sebagai Suruhanjaya Reid dan memulakan tugasnya pada akhir bulan Jun 1956. Tugas utama suruhanjaya ini adalah untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Peranan Suruhanjaya Reid
- Memeriksa aturan perlembagaan sedia ada
- Mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan Raja-raja Melayu.
- Memberikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan
- Menjadikan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas, dan berkerajaan sendiri.
- Cadangan ini berasaskan Demokrasi Berparlimen dan Dewan Perundangan.
- Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat
- Memberi kerajaan negeri autonomi tertentu.
- Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu
- Menjamin mereka sebagai Raja Berperlembagaan di negeri masing-masing.
- Mencadangkan jawatan Ketua Negara
- Dicadangkan jawatan Yang di-Pertuan Besar sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk Persekutuan Tanah Melayu.
- Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan
- Membentuk kewarganegaraan bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
- Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
- Menjamin kepentingan kaum lain turut dilindungi.
Tugas Suruhanjaya Reid
- Meminta cadangan rakyat
- Mendapatkan pendapat daripada semua pihak melalui sesi bertulis atau lisan.
- Mengkaji kedudukan perlembagaan
- Termasuk hak negeri dalam Persekutuan.
- Membabitkan Raja-raja Melayu, Menteri Besar, penasihat British, dan pegawai negeri.
- Mengadakan persidangan
- Bertujuan membincangkan isu perlembagaan.
- Sebanyak 118 perjumpaan telah diadakan sehingga Oktober 1956.
Anggota Suruhanjaya Reid
Nama | Negara |
---|---|
Lord Reid | Britain |
Sir William Ivor Jennings | Britain |
Sir William McKell | Australia |
B. Malik | India |
Hakim Abdul Hamid | Pakistan |
Penutup
Suruhanjaya Reid memainkan peranan penting dalam pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka. Melalui rundingan dengan pelbagai pihak, suruhanjaya ini berjaya menyatukan pandangan yang bertujuan mewujudkan sebuah negara yang aman dan berdaulat.
Nota lain:
- Usaha Rundingan Kemerdekaan
- Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan
- Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.