Pengumuman penting kepada semua calon yang berminat untuk mendaftar di Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi persekolahan tahun 2024. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa proses permohonan akan dibuka bermula 3 Julai 2023 hingga 15 September 2023.
Permohonan Sekolah Seni 2024
Permohonan boleh dibuat dengan melayari : https://essem.moe.gov.my/
Untuk memulakan proses permohonan, calon dikehendaki log masuk menggunakan No KP dan Kata Laluan yang telah ditetapkan. Bagi calon yang mendaftar kali pertama, sila lakukan pendaftaran akaun terlebih dahulu dan ikuti arahan yang diberikan. Jika anda lupa kata laluan, sila gunakan fungsi “Lupa Katalaluan” yang disediakan.
Pentadbir sekolah, Admin, JPN, dan penemuduga juga diingatkan untuk log masuk menggunakan akaun masing-masing.
Syarat-syarat permohonan ke SSeM adalah seperti berikut:
- Calon haruslah warganegara Malaysia.
- Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
- Calon harus memiliki bakat dan potensi dalam bidang kesenian, seperti Seni Visual, Tari, Teater, atau Muzik.
- Calon harus sihat tubuh badan.
- Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses.
Syarat-syarat kemasukan ke SSeM adalah:
- Calon harus lulus Uji Bakat.
- Calon harus bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan.
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
- Mengemukakan rekod kesihatan murid.
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan pendaftaran, sila hubungi:
- Pn Zuraini Binti Abu Hassan Tel : 03-88721616
- En Muhammad Daneal Syawal Bin Abdullah Tel : 03-88721625 Atau emelkan pertanyaan anda ke : Email : mohonssem@moe.gov.my
Harap maklum dan kami mengucapkan semoga berjaya dalam permohonan anda ke SSeM!
Anda boleh merujuk Soalan Lazim yang disediakan di sini: https://essem.moe.gov.my/lampiran/faq.pdf