Pendaftaran murid Tahun 1 untuk sesi akademik 2026 kini dibuka! Ibu bapa boleh mendaftarkan anak-anak secara dalam talian melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS) di laman web rasmi idme.moe.gov.my.
Bilakah Tarikh Pendaftaran dibuka
Pendaftaran dalam talian boleh dibuat dari: 📅 1 Mac hingga 30 April 2025
Pastikan ibu bapa mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Siapa Yang Layak Memohon?
✅ Kanak-kanak warganegara Malaysia
✅ Lahir antara 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Sekiranya anak anda memenuhi syarat ini, jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan mereka ke Tahun 1 sesi akademik 2026.
Bagaimana Cara Mendaftar tahun 1?
- Layari laman web rasmi idme.moe.gov.my.
- Log masuk jika sudah mempunyai akaun atau daftar akaun baru jika pertama kali menggunakan sistem ini.
- Isi maklumat anak dan ibu bapa dengan lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Semak semula maklumat dan hantar permohonan.
Selepas pendaftaran, ibu bapa boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui portal yang sama.
Jika belum mempunyai akaun dalam sistem IDME, lihat cara daftar IDME di sini.
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, ibu bapa boleh menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui saluran rasmi mereka.
Jangan berlengah! Pastikan pendaftaran anak anda dilakukan sebelum 30 April 2025 bagi memastikan mereka mendapat tempat di sekolah pilihan.