MyKasih adalah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk membantu golongan miskin di Malaysia. Program ini telah diperkenalkan oleh Yayasan MyKasih dan mendapat sokongan dari Kerajaan Malaysia. Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan penerusan dan penambahbaikan program ini melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
- Tujuan: Membantu golongan miskin tegar dan miskin bandar.
- Cara Penggunaan: Menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas makanan di kedai-kedai runcit yang terpilih.
Bagaimana Untuk Memohon?
- Tiada permohonan terbuka; ia adalah berdasarkan data dari sistem e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Penerima akan mendapat SMS yang memaklumkan status penerimaan mereka.
Berapa Jumlah Bayaran SARA?
Jadual pembayaran tertera seperti di bawah:
Bagaimana Untuk Membuat Semakan?
Semakan status Mykasih boleh dibuakt Melalui Portal MyKasih mengikut langkah-langkah berikut:
- Layari Portal MyKasih di https://www.mykasih.com.my/
- Masukkan nombor MyKad
- Masukkan captcha
- Klik ‘SEMAK STATUS’
Senarai Kedai Yang Terpilih Mykasih
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 speedmart
- Lotus stores (Tesco)
Langkah-langkah Membeli Barangan mengunakan Mykasih
- Pilih barangan keperluan dari 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih.
- Tunjukkan MyKad untuk pengesahan oleh juruwang.
- Imbas kod barangan.
- Bayar menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk semakan.
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Program MyKasih dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah inisiatif yang sangat membantu untuk golongan yang memerlukan. Dengan adanya program ini, diharapkan beban golongan miskin dapat sedikit terkurang.
MyKasih adalah program bantuan yang menyediakan sokongan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah untuk membeli keperluan asas di kedai terpilih. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam akaun penerima dan boleh digunakan untuk pembelian barangan makanan serta keperluan harian. Untuk mengetahui jumlah bantuan yang diberikan, anda boleh merujuk jumlah SARA.
Bagi penerima yang ingin menggunakan bantuan MyKasih, anda boleh menyemak senarai kedai MyKasih yang menerima pembayaran melalui program ini. Selain itu, semakan status kelayakan dan pembayaran boleh dilakukan melalui semakan SARA MyKasih bagi memastikan penerima mendapat manfaat yang tersedia.