Teka-teki lawak bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menguji minda. Ia sesuai dimainkan bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengeratkan hubungan dan menceriakan suasana. Berikut adalah koleksi teka-teki lawak yang pasti akan membuat anda ketawa.
Teka-Teki Lawak dan Jawapannya
1. Soalan: Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan: Zip
2. Soalan: Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar)
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
3. Soalan: Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
Jawapan: Beruang (ber-wang)
4. Soalan: Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?
Jawapan: Anak kucing
5. Soalan: Mee apa paling berat dalam dunia?
Jawapan: Mee wantan (One ton)
6. Soalan: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut
7. Soalan: Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
Jawapan: Anak kuman
8. Soalan: Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.
Jawapan: Seluar dalam
9. Soalan: Tempat ini memberi makanan, minuman dan tempat tidur secara percuma. Tetapi tiada sesiapa pun yang suka tinggal di sini. Manakah tempat ini?
Jawapan: Penjara
10. Soalan: Anak apa yang sentiasa dipijak-pijak?
Jawapan: Anak Tangga
11. Soalan: Spaghetti pregnant jadi apa?
Jawapan: Prego
12. Soalan: Binatang apa sejak kecil memang tua?
Jawapan: Burung Kakak Tua
13. Soalan: Donut dengan karipap berkawan baik. Satu hari dorang gaduh. Karipap menangis teruk sebab sedih, tapi donut tak. Kenapa?
Jawapan: Sebab donut tiada filling
14. Soalan: Benda apa yang kita tengok kejap putih kejap hitam?
Jawapan: Penguin jatuh tergolek
15. Soalan: 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan
16. Soalan: Kenapa anak perempuan dinamakan Fatimah selepas dilahirkan oleh ibunya yang sedang melalui ladang kopi dan lombong bijih timah?
Jawapan: Sebab anak dia perempuan
17. Soalan: Negara apa yang akan banjir dulu, kemudian baru hujan?
Jawapan: Bahrain. “Bah” tu banjir, “rain” tu hujan
18. Soalan: Mulanya aku buka baju, lepas itu aku sapu bedak. Kemudian aku terjun ke dalam tasik dan mandi. Setelah selesai mandi, aku naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
19. Soalan: Haiwan apakah yang perutnya, kakinya, matanya, dan mulutnya semua di kepala?
Jawapan: Kutu, sebab memang duduk di kepala orang
20. Soalan: Apakah hidupan yang semasa kecilnya berkaki empat, bila besar berkaki dua, dan bila tua berkaki tiga?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki, dan bila tua bertongkat
21. Soalan: Kenapa kebanyakan motosikal dinamakan YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang Jepun. Kalau orang Arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD
22. Soalan: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu. Sebab sering memijak-mijak kepala orang
23. Soalan: Siapa yang akan mati apabila kancil dan rusa berlaga?
Jawapan: Pemandunya yang mati. Kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar, matilah orang tu
24. Soalan: Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat?
Jawapan: Kotak penalti
25. Soalan: Bom apa yang boleh menyelamat orang dan tidak pernah meletup?
Jawapan: Bomba
Semoga koleksi teka-teki lawak ini dapat menghiburkan anda dan rakan-rakan serta keluarga. Jangan lupa untuk berkongsi teka-teki ini dengan orang lain!