Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)
- Dilaksanakan sebelum projek seperti pembalakan, pembinaan resort, dan infrastruktur.
- Membolehkan impak terhadap alam sekitar dikenal pasti dan langkah kawalan dapat dirancang.
Penguatkuasaan Undang-Undang
- Mengurangkan kesan buruk kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
- Akta dan peraturan yang dikuatkuasakan di Malaysia:
- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
- Akta Perhutanan Negara 1984
- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Buangan Industri) 1979
- Agensi penguatkuasaan:
- Jabatan Alam Sekitar
- Pihak Berkuasa Tempatan
Kempen Kesedaran Alam Sekitar
- Dilaksanakan oleh badan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO):
- Sahabat Alam Malaysia (SAM)
- Tabung Alam Sedunia (WWF)
- Malaysian Nature Society (MNS)
- Kempen turut disebarkan melalui media sosial dan Internet.
Pendidikan Alam Sekitar
- Menanam kesedaran pentingnya pemeliharaan alam sekitar sejak usia muda.
- Dilaksanakan di:
- Sekolah rendah, menengah, dan institusi pengajian tinggi.
- Pendidikan ini dimasukkan dalam subjek tertentu di sekolah.
Penggunaan Teknologi Hijau
- Menggunakan teknologi mesra alam untuk mengurangkan pencemaran:
- Penggunaan sumber tenaga baharu seperti tenaga solar dan biodiesel.
- Mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil.
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
- Dilaksanakan untuk mencari teknologi yang lebih bersih.
- Contoh:
- Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilkan baja organik.
Kitar Semula
- Mengurangkan pencemaran dan memaksimumkan penggunaan sumber.
- Contoh:
- Kitar semula barangan aluminium dan logam lain.
Penanaman Semula
- Kawasan yang diteroka ditanam semula dengan pokok baharu:
- Pokok cepat tumbuh.
- Mengelakkan hakisan tanah.
- Memastikan bekalan kayu-kayan masa depan.
Kesimpulan
Pelbagai usaha seperti penilaian impak alam sekitar, penguatkuasaan undang-undang, teknologi hijau, dan kempen kesedaran telah dilaksanakan bagi meminimumkan kesan buruk kegiatan ekonomi. Kerjasama antara kerajaan, organisasi, dan masyarakat amat penting untuk memastikan alam sekitar terus terpelihara bagi generasi akan datang.
Nota lain