Usaha pemeliharaan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar penting untuk memastikan kelestarian ekosistem serta mengurangkan ancaman kepupusan flora dan fauna. Usaha ini melibatkan kerjasama antara kerajaan, NGO, dan masyarakat global.
Usaha Pemeliharaan di Malaysia
- Penguatkuasaan Undang-undang
- Akta Perhutanan Negara 1984: Larangan mengambil hasil hutan tanpa kebenaran.
- Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010: Larangan memburu tanpa lesen sah.
- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974: Menangani pencemaran alam sekitar.
- Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)
- Diwajibkan untuk projek pembangunan yang melebihi 500 hektar.
- Dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
- Pewartaan Taman Negara dan Hutan Simpan
- Contoh: Taman Negara Pulau Pinang, Taman Negara Tanjung Datu, dan Hutan Simpan Bukit Tapah.
- Kempen Kesedaran Alam Sekitar
- Contoh kempen: Save The Day oleh WWF untuk menyelamatkan penyu.
- Pendidikan Alam Sekitar
- Bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat antarabangsa.
- Menanam kesedaran terhadap kepentingan biodiversiti dan ekosistem.
Usaha Pemeliharaan di Negara Lain
Negara | Usaha Pemeliharaan |
---|---|
Botswana | Menggunakan tentera untuk mencegah pemburuan haram, menjadikan 25% kawasan negara sebagai kawasan perlindungan. |
Kanada | Pewartaan taman negara dan rizab hutan bagi perlindungan haiwan seperti bison dan karibu. |
Bhutan | 60% tanah negara dilindungi hutan, perlindungan harimau Bengal dan harimau salji. |
Kesimpulan
Pelaksanaan usaha pemeliharaan tumbuhan dan hidupan liar memerlukan sokongan undang-undang, kesedaran masyarakat, dan kerjasama antarabangsa. Usaha ini penting untuk melindungi biodiversiti dan memastikan generasi masa depan dapat terus menikmati sumber semula jadi.
Nota lain: