Tema: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan dengan program Bulan Kemerdekaan yang diadakan di sebuah sekolah menengah.
Berdasarkan maklumat tersebut, anda sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah telah diminta untuk mewawancara guru sekolah yang menjadi pengerusi jawatankuasa program sambutan tersebut. Anda ingin mengetahui informasi penting mengenai program tersebut.
Panjang wawancara anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan
Tarikh: 1 – 9 – 202X
Masa: 8.30 pagi
Hari: Khamis
Senarai Aktiviti:
- Pertandingan Bacaan Nyanyian Lagu Patriotik
- Pertandingan Gaya Busana Ikon Entik
- Pertandingan Kuiz Digital Hari Merdeka
- Pertandingan Minda Best Engineer Malaysia
- Pertandingan Poster: Rukun Negara
- Pertandingan Sajak Merdeka
- Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
- Pengisian Kemerdekaan
Rangka Karangan
Pendahuluan:
- Memberi salam
- Mengucapkan terima kasih kerana sudi diwawancara
Isi 1:
- Faktor pihak sekolah menjayakan program ini secara serius
- Patriotisme murid semakin kurang
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Isi 2:
- Penubuhan jawatankuasa induk
- Bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat
Isi 3:
- Aktiviti yang diadakan sepanjang bulan program
- Melibatkan murid dan ibu bapa murid
Penutup:
- Berharap agar matlamat program akan dapat dicapai
- Meningkatkan patriotisme murid
Model Karangan Mantap
Hafizuddin: Selamat pagi, cikgu. Terima kasih kerana sudi diwawancara. Saya berharap wawancara ini dapat memberikan gambaran tentang sambutan Bulan Kemerdekaan sekolah kita.
Cikgu Aini:Selamat pagi. Sama-sama. Saya akan menggunakan kesempatan ini untuk menerangkan program Bulan Kemerdekaan agar semua murid memberi komitmen.
Hafizuddin: Pertama sekali, mengapakah pihak sekolah kita begitu serius menjayakan program ini? Adakah kita tidak mahu menjadi seperti sesetengah sekolah yang hanya menjalankannya bagai melepaskan batuk di tangga?
Cikgu Aini:Pihak sekolah ingin menjayakan program ini secara serius kerana tahap patriotisme dalam kalangan remaja semakin menipis. Buktinya, semasa nyanyian lagu ‘Negaraku’, kebanyakan murid menyanyikannya dengan tidak bersemangat.
Hafizuddin:Selama sebulan program ini dianjurkan, pihak sekolah telah mengatur banyak aktiviti yang bermanfaat. Bagaimanakah cikgu dapat memastikan semua aktiviti tersebut mencapai objektifnya?
Cikgu Aini:Kita telah menubuhkan jawatankuasa induk bagi program ini. Jawatankuasa induk berperanan untuk memastikan semua murid terlibat dengan program yang akan kita jayakan. Murid-murid dilibatkan dalam aktiviti susulan seperti melukis, membaca puisi, dan menghasilkan poster.
Hafizuddin:Apakah harapan cikgu terhadap kejayaan program ini?
Cikgu Aini:Saya berharap agar semua pihak memberikan sokongan supaya program ini berjaya.
Hafizuddin:Terima kasih, cikgu.