Kutipan dan Pelupusan Sampah (Karangan Respons Terhad)

By Cikgu Mardhia

Isu Kutipan dan Pelupusan Sampah

Tema: Kesihatan dan Kebersihan

Grafik di bawah menunjukkan isu kutipan dan pelupusan sampah yang dihadapi oleh penduduk di sebuah taman perumahan. Sampah yang tidak dikutip mengikut jadual telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk.

Sebagai setiausaha persatuan penduduk di taman perumahan tersebut, anda telah diminta menulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadukan masalah-masalah tersebut.

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Panjang surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.


JADUAL KUTIPAN DAN PELUPUSAN SAMPAH

Nama Kawasan (Kampar – Tronoh Mines)Jadual Kutipan
Kompleks Majlis Bandar Kampar, Pekan Mambang DiawanSetiap hari sekali
Persiaran Jalan Iskandar, Kolek Kampar, Flat Taman PelangiIsnin, Rabu, Jumaat
Taman Kampar Jaya, Taman MutiaraIsnin, Rabu, Jumaat
Taman Kolek Dragon, Golden Dragon VillaIsnin, Rabu, Jumaat
Taman Seri Jaya, PRT Batu Putih, PRT Batu MuhibahIsnin, Rabu, Jumaat
Taman Steven, Taman Sri Indah, New Wah LongSelasa, Khamis, Sabtu
Taman Mambang Diawan, Taman Permai, Taman DiawanSelasa, Khamis, Sabtu
Kampung Baru Mambang Diawan, Tropika DiawanSelasa, Khamis, Sabtu

Kecewa Sampah Tidak Dikutip

(Gambar menunjukkan timbunan sampah yang tidak dikutip di hadapan rumah penduduk.)

sampah tidak dikutip


Rangka Karangan

Pendahuluan:

  • Nama dan alamat penulis
  • Nama dan alamat penerima
  • Tajuk surat

Isi 1:

  • Sampah di dalam tong dan luar rumah tidak dikutip mengikut waktu dan tarikh yang ditetapkan
  • Menimbulkan banyak masalah kepada penduduk

Isi 2:

  • Kawasan kediaman menjadi kotor
  • Berbau busuk
  • Menjejaskan kesejahteraan penduduk

Isi 3:

  • Mencadangkan cara penyelesaian
  • Tindakan tegas kepada kontraktor

Penutup:

  • Berharap agar masalah ini dapat diatasi dengan segera

Jawapan karangan Respons Terhad

265, Taman Sri Kasih,
Mambang Diawan,
36700 Kampar,
Perak.

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kampar,
Jalan Ding Choo,
36700 Kampar,

28 FEBRUARI 2025

Tuan,

Aduan tentang Kutipan dan Pelupusan Sampah

Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha Persatuan Penduduk Taman Sri Kasih ingin menyuarakan masalah kami, iaitu sampah di tempat kami tidak dikutip mengikut jadual. Sampah seharusnya dikutip tiga kali seminggu tetapi ada ketikanya sampah tidak dikutip selama dua minggu.

Apabila sampah tidak dikutip, sampah berlonggok di hadapan rumah. Hal ini menimbulkan pelbagai kesan negatif. Tambahan pula, kawasan perumahan kami padat dengan penduduk.

Kesan negatif yang paling ketara ialah bau busuk. Hal ini sudah tentu menjejaskan kesejahteraan penduduk. Selain itu, haiwan seperti tikus, anjing, dan serangga seperti lalat, semut, dan lain-lain menggerumuni sampah tersebut. Akibatnya, sampah tersebut bertebaran di sana sini.

Kami berharap agar pihak tuan menukar kontraktor lain untuk mengangkut sampah di kawasan kami. Kami yang membayar cukai pintu seharusnya mendapat perkhidmatan terbaik daripada pihak tuan demi menjamin keselesaan kami. Malahan, hal ini penting demi memastikan kesejahteraan penduduk terjamin.

Keprihatinan tuan terhadap masalah yang kami tanggung ini sangat kami harapkan. Segala kerjasama tuan dalam menyelesaikan masalah ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Badrul Nizam
(BADRUL NIZAM BIN SHAARI)
Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Sri Kasih

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment