Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi akademik 2026 kini boleh dibuat secara dalam talian melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS). Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan di laman web rasmi idme.moe.gov.my bermula 1 Mac hingga 30 April 2025.
Siapa yang Layak Memohon?
- Kanak-kanak warganegara Malaysia
- Lahir antara 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020
Cara Daftar Tahun 1 2026 Secara Online
- Layari laman web rasmi idme.moe.gov.my
- Log masuk atau daftar akaun IDME jika belum ada akaun
- Isi maklumat anak dan ibu bapa seperti yang diperlukan
- Pilih sekolah pilihan dan muat naik dokumen sokongan
- Hantar permohonan dan simpan bukti pendaftaran
Tarikh akhir permohonan ialah 30 April 2025. Pastikan permohonan dibuat sebelum tarikh tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi idme.moe.gov.my atau imbas kod QR di atas.
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Semoga anak anda mendapat tempat yang anda pilih untuk bersekolan tahun 1. Semoga dipermudahkan urusan, jangan lupa baca doa dipermudahkan urusan ini.