Sebagai seorang pelajar, tentunya kehidupan seharian dipenuhi dengan banyak tugasan yang perlu disiapkan. Bukan sahaja pelajar, bahakan orang biasa seperti mereka yang bekerja, menghadapi ujian dan banyak lagi. Di sini kami kongsikan satu doa yang boleh diamalkan agar dipermudahkan urusan seharian.
Doa Dipermudahkan Urusan
Berikut adalah doa dipermudahkan segala urusan:
اللهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلَا مَا جَعَلْتَهَ سَهْلاً، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Maksudnya: “Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan”
Rumi: Allahumma laa Sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’ alul hazna iza syi’ta sahla”
[Riwayat Ibn Hibban (974), Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (351) dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (265)]

Semoga urusan kita seharian diberkati Allah dan dipermudah semuanya. Tidak kiralah urusan menghadiri temuduga, menjalani pembedahan, mengikuti peperiksaan, menjani ujian, dan lain-lain. Jangan lupa juga untuk sentiasa melazimi solat sunat dhuha dan membaca doa dhuha.