Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita

Setelah menduduki negara kita, Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera. Dasar pemerintahan tentera Jepun diterima daripada Panglima Agung Japanese Southern Army untuk dilaksanakan di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. Dasar pendudukan Jepun di negara kita dapat difahami melalui dasar pentadbiran, ekonomi, dan sosial.

Dasar Pentadbiran

  • Pentadbiran Tentera Jepun:
    • Tentera Jepun memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu.
    • Pada peringkat awal, Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera di bawah satu pentadbiran untuk membentuk Kawasan Pertahanan Khas.
    • Kawasan ini diletakkan di bawah pentadbiran pasukan tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Singapura.
    • Pada April 1944, Tanah Melayu dan Sumatera ditadbir secara berasingan kerana terdapat persaingan ketara dengan pentadbiran British dan Belanda sebelum perang.
    • Sumatera kemudiannya diletakkan di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25 di Bukit Tinggi, Sumatera.
    • Tanah Melayu pula ditadbir oleh pasukan tentera Jepun ke-29 yang berpusat di Taiping, Perak.
  • Pentadbiran di Wilayah Selatan:
    • Singapura dikenali sebagai Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan) diasaskan pentadbirannya dari Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru).
    • Negeri Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu dipindahkan ke bawah pentadbiran kerajaan Thailand.
  • Pentadbiran di Borneo:
    • Sarawak, Sabah, dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran dikenali sebagai Kita Borneo.
    • Unit ini diletakkan di bawah Gabenor Jeneral serta ditadbir oleh pasukan tentera Jepun ke-37 yang berpusat di Kuching.

Dasar terhadap Raja-raja Melayu

  • Pentadbiran tentera Jepun mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu.
  • Raja-raja Melayu diberikan bayaran pencen seperti sebelum perang.
  • Kedudukan baginda sebagai sultan di negeri masing-masing diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun.
  • Pengiktirafan ini dibuat semasa pengisytiharan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura pada bulan Januari 1943.

Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan

  • Pentadbiran tentera Jepun memberikan peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman ke jawatan yang lebih tinggi.
  • Langkah ini bertujuan mengatasi masalah kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan penduduk.
  • Pentadbiran tentera Jepun menubuhkan Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda atau Koa Kunrenjo untuk melatih dan menanamkan semangat memperjuangkan cita-cita politik Jepun dalam kalangan penduduk tempatan.

Dasar Ekonomi

  • Akibat kemelesetan ekonomi, pentadbiran tentera Jepun melaksanakan sistem ekonomi kawalan.
  • Rancangan Pengeluaran Lima Tahun dan Jawatankuasa Penyelidikan Bahan diperkenalkan untuk mengawal selia pelupusan barangan dan membuat penyelidikan kegunaan baharu bagi sumber tempatan.
  • Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan untuk membangunkan industri tempatan dan memastikan penggunaan optimum daripada peralatan dan kemudahan sedia ada.
  • Mata wang Jepun, dikenali sebagai “wang pokok pisang”, diperkenalkan untuk menggantikan mata wang yang digunakan oleh British.

Dasar Sosial

  • Pendidikan:
    • Jepun bertindak menutup sekolah Inggeris dan Cina.
    • Bangunan sekolah tersebut digunakan untuk keperluan pentadbiran tentera Jepun.
    • Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan untuk membentuk semangat persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu), mencapai teknologi industri, dan meningkatkan disiplin serta menanam nilai patriotisme.
    • Tentera Jepun berusaha untuk memupuk nasionalisme Asia, menghapuskan pengaruh Barat, dan menanam kesetiaan kepada Jepun melalui bidang pendidikan.
  • Sikap Jepun terhadap Agama:
    • Jepun menghormati agama Islam dan adat Melayu serta tidak campur tangan dalam adat resam tempatan.
    • Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama digalakkan.
    • Majlis Agama Negeri dibentuk dan persidangan agama Islam diadakan di Singapura dan Kuala Kangsar.
  • Catuan dan Penghasilan Makanan:
    • Pentadbiran tentera Jepun memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk mengawal bekalan barangan akibat kekurangan makanan.
    • Catuan makanan dikuatkuasakan untuk mengehadkan penjualan barangan keperluan asas seperti beras, garam, dan gula.
    • Pentadbiran tentera Jepun juga menggalakkan penduduk menanam makanan sendiri melalui kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk mencukupkan pengeluaran makanan negara.

Layanan terhadap Penduduk

  • Pentadbiran tentera Jepun memberikan layanan berbeza-beza mengikut kaum dan kepentingan terhadap Jepun.
  • Tentera Jepun memberikan layanan baik kepada orang Melayu serta peribumi lain yang bekerjasama dengan Jepun.
  • Orang Cina pula diberikan layanan keras kerana dianggap musuh akibat serangan Jepun ke atas China.
  • Layanan buruk ini menyumbang kepada kesengsaraan dan kelaparan dalam kalangan penduduk negara kita.

Kesimpulan

Dasar pendudukan Jepun meninggalkan pelbagai kesan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat. Keadaan ini seterusnya mendorong penentangan rakyat dalam pelbagai bentuk terhadap pendudukan Jepun di negara kita.

Nota lain:

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Leave a Comment