Doa Buka Puasa (Dalam Bacaan rumi dan arab)

By Cikgu Mardhia

Berpuasa adalah amalan yang dituntut dalam islam. Antara amalan yang dilakukan sebelum berbuka puasa adalah membaca doa buka puasa.

Pada artikel ini, kami kongsikan doa berbuka puasa, berserta tulisan dalam rumi. Ini untuk memudahkan para pembaca, khususnya pelajar untuk membaca doa ini. Doa berbuka ini boleh dibaca ketika berbuka puasa ramadan, puasa sunat, mahupun puasa ganti.

Doa Buka Puasa

Doa berbuka puasa ini dibahagikan kepada dua iaitu, doa berbuka puasa beramai-ramai dan buka puasa sendiri.

Doa buka puasa sendirian

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Berikut adalah doa buka puasa sendirian:

  • Bahasa Rumi: Allahumma laka sumtu, wabika amantu, wa ala rizqika afthartu, birahmatika ya ar hamarrohimin.
  • Maksudnya: Ya Allah. Kerana Mu aku berpuasa dan kepadamu aku beriman dan atas rezeki dari Mu aku berbuka puasa; dengan rahmat Mu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Doa buka puasa Beramai-ramai

Berikut adalah doa berbuka puasa dibaca ketika beramai-ramai.

  • Bahasa Rumi: Allahumma Laka Sumna , wa bika amanna , wa ala rizqika afthorna, birohmatika ya arhamar rohimin.
  • Maksudnya: Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, dengan Mu kami beriman, dengan rezekiMu kami berbuka (puasa) , dengan rahmat Mu ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.
buka puasa ramai-ramai

Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda membaca doa berbuka puasa. Infopelajar mengucapkan selamat berbuka puasa.

Doa buka puasa adalah amalan sunnah yang dibaca sebelum menikmati juadah berbuka. Ia bukan sahaja sebagai tanda kesyukuran tetapi juga waktu mustajab untuk berdoa. Sebelum berbuka, pastikan niat puasa dibaca dengan betul. Anda boleh rujuk niat puasa sebagai panduan.

Selain berpuasa, umat Islam juga digalakkan menghidupkan malam Ramadan dengan solat sunat. Untuk mengetahui cara menunaikannya, sila rujuk panduan solat sunat Tarawih bagi mendapatkan panduan lengkap.

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment