Puasa yang tertinggal pada tahun sebelumnya, adalah menjadi kewajiban untuk digantikan. Tidak kiralah apalah sebab anda tidak dapat berpuasa pada ketika itu. Kepada umat Islam, khususnya pembaca blog ini yang datang dari kalangan para pelajar yang telah akil baligh, tidak kiralah lelaki ataupun perempuan, jika tertinggal puasa, wajib menggantikannya. Pada artikel ini, kami kongsikan niat untuk ganti puasa.
Niat puasa hendaklah dilakukan pada malam hari, dan sunat untuk melafazkannya.
Niat Puasa Ganti (Arab dan Rumi)
Bacaan niat puasa ganti adalah seperti yang berikut (serta bacaan rumi):
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى
Nawaitu Sawma Ghadin An Qadha’i Fardhi Ramadhan Lillah Ta’ala:
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT.
Semoga dengan artikel ringkas ini dapat membantu anda melafazkan niat puasa ganti dengan sempurna seterusnya ibadah ganti puasa diterima Allah. Insyaalllah.