Doa Masuk Tandas (dan Keluar Tandas)

By infope

Ketika berada di sekolah, semestinya para guru dan pelajar tidak terlepas untuk pergi ke tandas bukan. Persoalannya, adakah anda membaca doa sebelum masuk tandas dan keluar tandas? Di sini kami kongsikan doa masuk tandas dan doa keluar tandas.

Doa Masuk Tandas dan Keluar Tandas

Doa masuk tandas:

Doa Masuk Tandas:

بِسْمِ اللهِ اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

  • Ejaan Rumi: Bismillah, Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaa’its.
  • Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari jin lelaki dan jin perempuan.

Doa Keluar Tandas:

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي

  • Ejaan Rumi: Ghufranaka. Alhamdulillahilladzi adzhaba ‘anniil adzaa wa’aafaanii.
  • Maksudnya: AmpunanMu. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kotoran dariku dan yang telah memberikan kesihatan padaku.

Semoga dengan doa ini dapat kita amalkan ketika masuk ke tandas dan keluar tandas. Bukan sahaja ketika masuk ke tandas sekolah bahkan ketika berada di rumah kita. Sentiasalah kita amalkan untuk hidup dalam bersyariat.

Leave a Comment