e-Wallet Madani RM100 : Tarikh Bayaran dan Syarat Penerima

Pada bulan Disember 2023, Kerajaan Malaysia akan melaksanakan pemberian kredit e-wallet sebanyak RM100 kepada rakyat yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah. Inisiatif ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, dan disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih dari 10 juta rakyat, khususnya mereka yang tergolong dalam kategori B40 dan M40.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapan pelancarannya, menekankan bahawa inisiatif ini adalah susulan dari kejayaan program e-tunai sebelumnya yang telah memberikan impak positif kepada masyarakat. Dengan peruntukan sekitar RM1 bilion, inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa rakyat Malaysia melalui bantuan kewangan yang langsung dapat dirasai.

Selain itu, kerajaan juga telah mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro melalui agensi seperti SME Corp, Tekun, MARA, dan Teraju. Ini adalah sebahagian dari usaha kerajaan untuk mengantarabangsakan syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

e wallet madani

Jumlah Bayaran e-Wallet Madani

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Jumlah pembayaran e Wallet Madani adalah sebanyak RM100.

Syarat Penerima

Kesemua rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Berumur 21 tahun ke atas.

Tarikh Pembayaran/ Penebusan

Tarikh anda boleh membuat penebusan e-Wallet ini adalah pada bulan Disember 2023.

Leave a Comment