Skim Perubatan Madani: Pendaftaran dan Semakan Kelayakan

By infope

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai Skim Perubatan MADANI. Ianya adalah sebagai inisiatif untuk memenuhi keperluan kesihatan golongan B40. Skim ini berfungsi sebagai medium untuk mempercepatkan masa menunggu rawatan di kemudahan kesihatan swasta.

Apa Skim Perubatan MADANI?

Skim Perubatan MADANI merupakan satu program yang membolehkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kalangan B40 untuk memperolehi rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. Tujuan skim ini adalah untuk kurangkan beban kos rawatan kesihatan serta mempertingkatkan kesejahteraan golongan yang mempunyai pendapatan rendah.

Rawatan Yang Disediakan

Skim Perubatan MADANI akan memfokuskan kepada kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut. Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi;

  • demam dan selsema
  • cirit-birit dan muntah
  • terseliuh
  • sakit kepala
  • trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

Namun, terdapat beberapa rawatan yang tidak dimasukkan ke dalam skim ini seperti imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin, rawatan susulan ibu dan anak rutin, perancangan keluarga rutin, perkhidmatan rehabilitasi, permintaan ubat tanpa konsultasi doktor, dan permintaan suplemen.

Semakan Kelayakan dan Cara Memohon

Skim Perubatan MADANI akan tersedia untuk kemudahan golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023. Kategori penerima STR yang layak adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Berkeluarga: Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM250)
  • Warga Emas (tanpa pasangan) – 60 tahun ke atas: Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM125)
  • Bujang – 21-59 tahun, 19-59 tahun (bujang berstatus OKU): Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM75)

Anda boleh membuat semakan kelayakan dengan melayari: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

Semakan Senarai Klinik

Senarai klinik yang mempunyai kemudahan ini,  Lihat di sini senarai klinik.

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif penting oleh Kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memastikan golongan B40 mendapat akses kepada rawatan kesihatan yang berkualiti. Dengan skim ini, golongan B40 dapat mendapatkan rawatan kesihatan primer akut di klinik perubatan swasta secara percuma. Ini akan dapat mengurangkan beban mereka dan juga waktu menunggu.

Leave a Comment