Cuaca dan iklim menghasilkan pelbagai fenomena di seluruh dunia, seperti banjir, kemarau, dan taufan. Fenomena ini mempunyai punca dan kesan yang berbeza tetapi secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia dan alam sekitar.
1. Banjir
- Definisi:
- Keadaan limpahan air akibat hujan lebat, permukaan tanah bertakung, atau pasang surut laut.
- Punca Banjir:
- Hujan lebat berterusan.
- Kekurangan kawasan tadahan.
- Sungai cetek dan sempit tidak mampu menampung air.
- Pembinaan yang tidak terkawal.
- Kejadian pasang surut laut.
- Kesan Banjir:
- Aktiviti ekonomi dan pertanian terjejas.
- Penyakit air seperti kolera meningkat.
- Kerosakan infrastruktur dan harta benda.
- Langkah Kawalan Banjir:
- Menanam pokok di kawasan tadahan air.
- Membersihkan sungai dan sistem saliran.
- Membina empangan dan tebatan banjir.
2. Kemarau
- Definisi:
- Tempoh cuaca kering yang panjang dengan hujan sangat sedikit.
- Punca Kemarau:
- Kekurangan kawasan hijau akibat penebangan hutan.
- Fenomena El Nino yang mengurangkan hujan.
- Pemanasan global meningkatkan suhu.
- Kesan Kemarau:
- Krisis bekalan air.
- Kebakaran hutan mudah berlaku.
- Aktiviti pertanian terjejas.
- Langkah Mengurangkan Kemarau:
- Membina empangan untuk menyimpan air.
- Menanam lebih banyak pokok untuk mengekalkan kelembapan.
- Menggunakan teknologi pemuliharaan air.
3. Taufan
- Definisi:
- Ribut kencang dengan kelajuan angin 200–300 km/j yang menyebabkan hujan lebat dan banjir.
- Punca Taufan:
- Tekanan udara rendah dengan suhu tinggi.
- Kesan Taufan:
- Kemusnahan harta benda dan infrastruktur.
- Gangguan bekalan elektrik dan komunikasi.
- Kehilangan nyawa akibat banjir.
- Langkah Mengurangkan Kesan Taufan:
- Memberi amaran awal kepada penduduk.
- Memantau cuaca melalui satelit.
- Memindahkan penduduk dari kawasan berisiko.
Kesimpulan
Fenomena cuaca seperti banjir, kemarau, dan taufan adalah cabaran global yang memerlukan pendekatan pencegahan dan pemulihan. Usaha seperti penanaman pokok, penggunaan teknologi, dan sistem amaran awal dapat membantu mengurangkan kesan negatif fenomena ini terhadap manusia dan alam sekitar.
Nota lain:
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.