Fenomena cuaca seperti banjir, kemarau, dan taufan membawa kesan buruk terhadap manusia dan alam sekitar. Oleh itu, persediaan awal perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan negatif fenomena ini terhadap kehidupan seharian.
Persediaan Menghadapi Banjir
- Langkah Persediaan:
- Mengurangkan bencana melalui penyelarasan agensi kerajaan.
- Membersihkan longkang untuk melancarkan aliran air.
- Memberi amaran cuaca secara berterusan.
- Membekalkan peralatan keselamatan seperti bot dan jaket keselamatan.
- Menyediakan bekalan asas seperti makanan, air, dan ubat-ubatan.
- Pihak Terlibat:
- NADMA, PBT, MET, JPS, PDRM, NGO.
- Tindakan Semasa Banjir:
- Elakkan kawasan banjir.
- Ikut arahan pihak berkuasa.
- Jauhi kabel elektrik yang terendam air.
- Simpan dokumen penting di tempat selamat.
Persediaan Menghadapi Kemarau
- Langkah Persediaan:
- Membawa bekalan air dari kawasan luar menggunakan lori tangki.
- Membina sistem pengumpulan air hujan.
- Memulihara sumber air seperti telaga dan empangan.
- Melaksanakan penjimatan air.
- Menjalankan kempen kesedaran tentang pemuliharaan air.
- Pihak Terlibat:
- Jabatan Bekalan Air, Jabatan Meteorologi Malaysia, NGO.
Persediaan Menghadapi Taufan
- Langkah Persediaan:
- Memantau cuaca melalui satelit.
- Memberi amaran awal kepada penduduk.
- Menyediakan tempat perlindungan sementara.
- Melatih penduduk cara-cara menyelamatkan diri.
- Persediaan di Amerika Syarikat dan Jepun:
- Menggunakan teknologi penderiaan jauh.
- Melibatkan NGO seperti UNDRR.
- Pendidikan keselamatan kepada rakyat sejak sekolah rendah.
Kesimpulan
Persediaan yang rapi dan kerjasama semua pihak dapat mengurangkan kesan fenomena cuaca dan iklim. Langkah seperti amaran awal, pemantauan, dan kesedaran masyarakat adalah penting untuk memastikan keselamatan nyawa dan harta benda.
Nota lain:
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.