Sebatian hidrokarbon ialah Sebatian karbon organik yang hanya terdiri daripada unsur karbon (C) dan hidrogen (H).
Pembentukan Hidrokarbon daripada Sumber Semula Jadi
- Petroleum dan Gas Asli:
- Hidupan laut mati tenggelam ke dasar laut, terbenam dalam lumpur dan batu.
- Tekanan dan haba mengubah sisa menjadi petroleum dan gas asli.
- Arang Batu:
- Sisa tumbuhan mati terbenam dalam tanah.
- Tekanan dan penguraian bakteria menghasilkan arang batu.
Penyulingan Berperingkat Petroleum
- Definisi:
- Proses memisahkan campuran hidrokarbon dalam petroleum berdasarkan takat didih berbeza.
- Tujuan:
- Menghasilkan pecahan petroleum yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti bahan api dan pelarut.
Nota Ringkas: Sebatian Hidrokarbon Tepu, Tak Tepu, Siri Homolog, dan Sumber Tenaga Alternatif
Sebatian Hidrokarbon
- Hidrokarbon Tepu:
- Mengandungi ikatan kovalen tunggal antara atom karbon (C-C).
- Contoh: Alkana.
- Hidrokarbon Tak Tepu:
- Mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua (C=C) atau ganda tiga antara atom karbon.
- Contoh: Alkena.
Siri Homolog
- Siri homolog terdiri daripada kumpulan sebatian organik yang mempunyai sifat kimia serupa.
- Dua jenis utama:
- Alkana:
- Hidrokarbon tepu.
- Formula umum: CₙH₂ₙ₊₂ (n = bilangan karbon).
- Contoh: Metana, Etana, Propana.
- Alkena:
- Hidrokarbon tak tepu.
- Sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua.
- Formula umum: Câ‚™Hâ‚‚â‚™ (n = bilangan karbon).
- Contoh: Etena, Propena, Pentena.
- Alkana:
- Jadual 5.1: Nama Ahli Pertama Siri Homolog: Bilangan Karbon (n) Alkana Alkena 1 Metana – 2 Etana Etena 3 Propana Propena 4 Butana Butena 5 Pentana Pentena 6 Heksana Heksena
Sumber Tenaga Alternatif dan Tenaga Boleh Baharu
- Sumber tenaga selain bahan api fosil seperti petroleum, arang batu, dan gas asli.
- Jenis-jenis tenaga alternatif:
- Tenaga solar
- Tenaga angin
- Tenaga hidro
- Tenaga biojisim
- Tenaga geoterma
- Tenaga pasang surut
- Tenaga ombak
- Tenaga nuklear
- Kelebihan:
- Mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil.
- Mampu memelihara alam sekitar jika digunakan secara meluas.
Artikel lain: