Jenis dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi
Malaysia memiliki pelbagai jenis tumbuhan semula jadi yang dipengaruhi oleh iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Lima jenis utama tumbuhan semula jadi di Malaysia adalah:
- Hutan Hujan Tropika – Contoh: Banjaran Titiwangsa.
- Hutan Pantai – Contoh: Hutan Pantai di Dungun, Terengganu.
- Hutan Gunung – Contoh: Hutan Gunung di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak.
- Hutan Paya Air Tawar – Contoh: Hutan di Tasik Bera, Pahang.
- Hutan Paya Air Masin – Contoh: Hutan di Laut Matang, Perak.
Hutan Hujan Tropika
- Ciri-ciri: Pokok besar berlapis-lapis, daun lebar, pokok tinggi hingga 50 meter.
- Lapisan:
- Lantai Hutan – Pokok rendah.
- Lapisan Tengah – Pokok kecil.
- Lapisan Kanopi – Pelindung utama cahaya matahari.
- Lapisan Renjong – Pokok tinggi, biasanya emergent.
Hutan Pantai
- Tumbuh di kawasan pantai berpasir, terdapat pokok ru, tapak kuda, kelapa.
- Ciri-ciri: Pokok tinggi hingga 40 meter, bentuk batang lurus.
Hutan Paya Air Tawar
- Lokasi: Kawasan bersaliran buruk seperti sungai dan tasik.
- Jenis Pokok: Meranti paya, kempas, bintangor laut.
- Struktur Lapisan:
- Pokok renek
- Lapisan tengah
- Kanopi
Hutan Paya Air Masin
- Ciri-ciri: Kawasan berair masin, pokok bakau.
- Jenis Akar: Akar ceracak, akar jangkang.
Hutan Gunung
- Terletak di kawasan tanah tinggi melebihi 1,200 m.
- Lapisan Ketinggian:
- Hutan Montane Bawah – 1,200-1,800 m (pokok oak, laurel).
- Hutan Montane Atas – 1,800-2,900 m (pain, spruce).
- Hutan Hampir Alpain – 2,900-3,500 m (pokok renek).
- Alpain – Lebih 3,500 m (lumut).
Ini adalah nota ringkas tentang jenis-jenis hutan dan tumbuhan semula jadi di Malaysia mengikut kategori dan ciri-ciri utama mereka. Ini adalah dari topik Geografi Tingkatan 3 Bab 4.
Nota lain: