Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

, ,

1. Bentuk Muka Bumi

  • Tanah Pamah dan Kaki Bukit:
    • Hutan Hujan Tropika tumbuh di kawasan ini.
    • Terdiri daripada pokok besar dan tinggi.
    • Berada di bawah 180 meter dari aras laut.
    • Akar banir menyokong pokok daripada tumbang.
  • Muara Sungai, Pinggir Tasik dan Pinggir Laut:
    • Kawasan berpasir dan berlumpur dengan Hutan Pantai dan Hutan Paya Air Masin.
    • Hutan Paya Air Tawar di tanah pamah yang sering digenangi air.
  • Tanah Tinggi (1,200 meter ke atas):
    • Pokok-pokok kecil di ketinggian ini.
    • Pertumbuhan lumut dan pokok tumpang di ketinggian 1,800 – 2,900 meter.
    • Contoh: Pokok rhododendron dan lumut.

2. Saliran

  • Bersaliran Baik:
    • Jenis pokok: Cengal, tualang, kelapa, ru.
    • Lokasi: Pulau Sipadan, Desaru, Air Terjun Lasir.
  • Bersaliran Buruk:
    • Jenis pokok: Mengkuang, meranti, nipah.
    • Lokasi: Tasik Chini, Tasik Bera, Delta Labuk-Sugut.

3. Iklim

  • Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa (panas dan lembap sepanjang tahun).
  • Suhu purata: 27°C, hujan tahunan kira-kira 2,600 mm.
  • Kawasan tanah tinggi lebih sejuk dengan suhu sekitar 18°C.
  • Suhu dan kelembapan tinggi sesuai untuk Hutan Hujan Tropika.

4. Tanih

  • Malaysia kaya dengan pelbagai jenis tanih yang sesuai untuk tumbuhan tertentu:
    • Tanih Aluvium: Mendapan lumpur dan kelodak pasir.
    • Tanih Laterit: Tanah liat merah.
    • Tanih Gambut: Tanah campuran tumbuhan reput.
    • Tanih Berpasir: Tanah berbutiran kasar dan berkerikil.
  • Jenis Tanih dan Tumbuhan:
    • Hutan Hujan Tropika: Tanih aluvium dan laterit (Cengal, meranti, tualang).
    • Hutan Paya Air Masin: Tanih gambut dan aluvium (Pokok bakau).
    • Hutan Paya Air Tawar: Tanih gambut dan aluvium (Nipah, mengkuang).
    • Hutan Pantai: Tanih berpasir (Tapak kuda, pokok ru).
    • Hutan Gunung: Tanih laterit (Oak, laurel, paku pakis).

Glosari

  • Tanih Aluvium: Tanah lanar dari mendapan lumpur.
  • Tanih Laterit: Tanah liat merah.
  • Tanih Gambut: Campuran tanah dengan tumbuhan reput.
  • Tanih Berpasir: Tanah berbutiran kasar.

Nota ini adalah dari Geografi Tingkatan 3 Bab 4.

Baca nota lain:

Leave a Comment