Pengurusan sumber hutan bertujuan memastikan sumber semula jadi dapat digunakan secara berterusan tanpa menjejaskan ekosistem. Di Malaysia, hutan memainkan peranan penting dalam keseimbangan alam sekitar, keperluan masyarakat setempat, dan ekonomi negara.
Keseimbangan Ekosistem
- Hutan mengekalkan interaksi antara komponen biotik dan abiotik untuk kestabilan ekosistem.
- Komponen ekosistem menghasilkan aliran tenaga dan menyokong rantai makanan.
- Pengurusan hutan secara strategik membantu mengurangkan kesan perubahan iklim.
Keperluan Masyarakat Setempat
- Membekalkan sumber makanan seperti buah-buahan dan herba.
- Menyediakan bahan mentah seperti rotan, gaharu, dan kayu untuk pelbagai kegunaan.
- Menyokong pendapatan melalui aktiviti seperti ekopelancongan dan pertanian.
Sumbangan Ekonomi
- Eksport hasil hutan seperti kayu balak menjana pendapatan negara.
- Hutan rekreasi menarik pelancong domestik dan antarabangsa, menyokong industri pelancongan.
- Memberi peluang pekerjaan dalam sektor berkaitan seperti perhutanan dan kraftangan.
Ekopelancongan
- Hutan penting dalam membangunkan sektor ekopelancongan.
- Pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi seperti hutan lipur, air terjun, dan flora serta fauna.
- Contoh lokasi terkenal: Taman Negeri Royal Belum (Perak), Taman Negara Endau-Rompin (Johor), dan Taman Negara Niah (Sarawak).
Membekalkan Sumber Bahan Mentah
- Pengurusan cekap memastikan bekalan bahan mentah berterusan untuk masa hadapan.
- Contoh bahan mentah dan kegunaannya:
- Kayu keras: Perabot, papan lapis, bahan binaan.
- Rotan dan buluh: Kraftangan, perabot.
- Daun mengkuang: Tikar dan bakul.
- Batang nibung: Tiang rumah, cerucuk kelong.
- Daun nipah: Atap.
Penutup
Pengurusan sumber hutan yang baik penting untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem, memenuhi keperluan masyarakat setempat, dan menyumbang kepada ekonomi negara. Langkah pemeliharaan dan penguatkuasaan undang-undang perlu terus dilaksanakan untuk memastikan kelestarian hutan bagi generasi akan datang.
Baca juga nota lain: