Penentangan masyarakat tempatan memberikan kesan terhadap pentadbiran British dan kehidupan masyarakat tempatan. Kesan ini dirasai di kedua-dua belah pihak.
Kesan Terhadap Pentadbiran British
Kerugian Akibat Peperangan
- British mengalami kerugian besar dalam bentuk kewangan, seperti kerugian sebanyak 100,000 Pound Sterling dalam Perang Naning dan 7,000 Pound Sterling dalam Perang Pahang.
Berhati-hati dalam Sistem Pentadbiran
- British mula melantik Residen yang berpengalaman serta menguasai adat resam tempatan.
- Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) diperkenalkan sebagai penasihat kepada sultan, mengawal undang-undang dan pentadbiran negeri.
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Merombak Semula Skim Penempatan Pegawai
- Pegawai British ditempatkan di negeri-negeri Melayu dan institusi pendidikan ditubuhkan, seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar.
- Perkhidmatan awam ditubuhkan, termasuk Malayan Civil Service (MCS) dan Malayan Administrative Service (MAS).
Pemantapan Kuasa Barat
- Penguasaan British meluas ke seluruh Tanah Melayu dan Sarawak, manakala SBUB menguasai Sabah (Borneo Utara).
Kesan Terhadap Masyarakat Tempatan
Kesan Terhadap Pemerintah dan Pembesar Tempatan
- Kehilangan jawatan dan kedudukan bagi tokoh-tokoh tempatan seperti Dol Said, Dato’ Bahaman, dan Rentap.
Kedudukan Raja dan Pembesar Melayu Diberi Perhatian
- British memperkenalkan Durbar sebagai majlis perbincangan antara sultan dan pembesar untuk menyuarakan pandangan.
Menjadi Inspirasi kepada Pejuang Kemerdekaan
- Kebangkitan masyarakat tempatan memberikan inspirasi kepada perjuangan kemerdekaan seterusnya.
Kesimpulan
Sistem pentadbiran British menyebabkan kesengsaraan kepada masyarakat tempatan yang hilang tanah dan kebebasan. Perjuangan mereka melawan penjajahan memberi inspirasi kepada generasi seterusnya untuk mengekalkan maruah dan kedaulatan tanah air.
topik dari Sejarah Tingkatan 3 Bab 7.
Nota lain: