Sistem pentadbiran Barat memberi kesan besar terhadap kuasa pemerintahan dan kehidupan masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Mereka mula kehilangan kuasa dalam aspek pentadbiran, perundangan, dan kewangan.
Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan
(i) Pentadbiran Tempatan
- Negeri Sembilan
British mengambil alih kuasa di Sungai Ujong dan memperkenalkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil pada 1885, menubuhkan Persekutuan Negeri Sembilan. - Pahang
Pembentukan daerah di bawah British mengurangkan kuasa Sultan. Pemberontakan berlaku disebabkan tindakan British. - Sarawak
Brooke memperkukuh kuasa dengan melibatkan pemimpin tempatan dan melantik pemimpin Melayu yang berpengaruh seperti Datu Patinggi. - Perak
Residen British pertama, J.W.W. Birch, menimbulkan ketegangan kerana tindakan mencabar kuasa Sultan Abdullah. Pembesar tempatan berasa terpinggir. - Sabah
Pentadbiran SBUB mengurangkan kuasa Mat Salleh, terutama dalam kawasan Tambunan. - Kelantan
Penjajahan dan pembentukan jawatan tertentu mengurangkan kuasa Engku Besar Jeram yang hanya memegang jawatan rendah. - Terengganu
Pelantikan Penasihat British mengubah hubungan luar negeri yang kini ditetapkan oleh British.
(ii) Perundangan Tempatan
- Naning
British menghapuskan sistem undang-undang tempatan dan menggantikannya dengan undang-undang Barat. - Perak
Pembinaan balai polis oleh British dan tindakan mencabar kuasa Menteri Ngah Ibrahim serta pembesar tempatan. - Pahang
Konflik berlaku antara Dato’ Bahaman dan British kerana pelaksanaan undang-undang yang mencabar kuasa tempatan.
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
(iii) Kewangan Tempatan
- Perak
British memperkenalkan cukai tanah yang tinggi, menyebabkan tekanan ekonomi kepada penduduk tempatan. - Pahang
Pembesar perlu membayar gaji Pegawai British, menjadikan British lebih berkuasa.
Kesan Terhadap Kehidupan Masyarakat
Kesengsaraan kepada Rakyat
British memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membebankan seperti cukai tanah, hasil hutan, dan tanaman, menjejaskan kehidupan rakyat tempatan.
Cukai Terhadap Petani di Pasir Puteh
- Sebelum British
Cukai berdasarkan keluasan tanaman. Tanah yang tidak diusahakan dikecualikan cukai. - Selepas British
Semua pemilik tanah wajib membayar cukai, dan ukuran tanah lebih ketat.
Masalah Bayaran Cukai
- Penduduk Pasir Puteh menghadapi kesulitan membayar cukai kerana lokasi jauh dari pejabat cukai, menyebabkan beban bertambah.
Jenis-Jenis Cukai
- Cukai Tanaman dan Binatang Ternakan
Durian 12 ½ sen sepokok, kelapa 3 sen sepokok, pokok pinang 3 sen sepokok. - Cukai oleh SBUB di Sabah
1 ekar tanah dikenakan $1.00, ternakan dikenakan caj yang tinggi.
Berbentangan dengan Nilai Tempatan
- British memperkenalkan perubahan dalam pentadbiran tanah dan hutan, bercanggah dengan nilai dan tradisi tempatan.
Layanan Tidak Adil
- Di Sabah, SBUB mengenakan cukai yang menekan rakyat, terutama masyarakat Murut yang terpaksa membayar cukai untuk tanah dan ternakan.
Kesimpulan
Sistem pentadbiran Barat menjejaskan kuasa pemimpin tempatan dan membawa kesengsaraan kepada masyarakat melalui cukai dan perubahan pentadbiran yang tidak selaras dengan nilai tempatan.
nota ini adalah daripada topik Sejarah Tingkatan 3 Bab 7.
Nota lain: