Berita baik buat penjawat awam yang ingin membeli rumah. Melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ( LPPSA ), anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan pinjaman perumahan.
Login Permohonan LPPSA
Untuk membuat permohonan pinjaman perumahan, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu seperti berikut:
- Layari portal rasmi LPPSA di http://www.lppsa.gov.my/v2/
- Klik ruangan “Daftar Masuk & pendaftaran Baharu”
- Isik maklumat yang diperlukan dalam ruangan yang disediakan
- Baca terma dan syarat dan klik pada kotak tanda setuju, kemudian klik “Daftar “
- Emel pengesahan akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan dan klik pautan untuk mengaktifkan akaun
- Selepas itu, anda akan dibawa ke laman OTP (One-Time Password). Klik pada butang Permintaan Otp untuk meneruskan pengesahan OTP
- SMS akan dihantar ke nombor yang telah didaftarkan, masukkan 6 digit pin yang diteriman melalui SMS pada laman pengesahan SMS dan klik pada butan “Teruskan”
- Apabila pengesahan SMS telah berjaya, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran
- Bagi pinjaman bersama, kedua-dua pengguna (atau lebih) perlu membuat pendaftaran ID pengguna secara berasingan
Aplikasi LLPSA MYFinancing
Untuk lebih mudah, pasang sahaja aplikasi rasmi daripada LPPSA yang dikenali sebagai MYFinancing. Klik pautan ini: https://apps.lppsa.gov.my/myfinancing/
Syarat Pinjaman Perumahan
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan boleh dilakukan oleh golongan seperti di bawah:
- Ahli Parlimen
- Hakim
- Bada-badan berkanun
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Anggota Pentadbiran Persekutuan
- Kerajaan Negeri
- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Anggota Pentadbiran Negeri
- Anggota Perkhidmatan awam
- Anggota Polis
- anggota tentera
Semakan Baki Pinjaman LPPSA
Selepas permohonan anda telah berjaya diluluskan, peminjam boleh membuat semakan baki pinjaman melalui portal rasmi LPPSA .
Ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan yang berkaitan :
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan . Portal rasmi Login LPPS = https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/
- Pada paparan utama, klik bahagian Inkuiri Status
- Pengguna boleh membuat semakan status berkenaan
# 1. Permohonan Pembiayaan
# 2. Dokumentasi Pembiayaan
# 3. Status Bayaran Balik
# 4. Status Baki Pembiayaan
# 5. Status Bayaran Pembiayaan
# 6. Penyata Tahunan ( boleh dimuat turun ) - Berikut adalah paparan jika anda ingin menyemak status bayaran balik pinjman. Paparan semakan status baki pembiayaan yang akan dikeluarkan. Dan juga paparan semakan status bayaran pembiayaan :
Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA melalui SMS
Semakan baki pinjaman LPPSA juga boleh dibuat secara SMS
- Taip LPPSA<jarak>BAKI<jarak> No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
untuk membuat semakan status melalui SMS.
- Taip LPPSA<jarak>STATUS<jarak>No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
LPPSA Login adalah portal dalam talian yang disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi memudahkan penjawat awam menguruskan pinjaman perumahan mereka. Melalui portal ini, pengguna boleh menyemak baki pinjaman, membuat pembayaran, dan mendapatkan penyata pinjaman secara digital. Selain itu, bagi penjawat awam yang ingin mengetahui maklumat terkini berkaitan gaji, mereka boleh merujuk jadual gaji 2025 serta mendapatkan akses kepada ePenyata Gaji untuk menyemak slip gaji bulanan secara dalam talian.